Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Peranti boleh dipakai untuk jejak kontak mungkin diperkenal

Jun 05, 2020 | 03:15 PM

PERANTI yang boleh dipakai untuk menjejak kontak mungkin diperkenalkan kepada rakyat Singapura untuk membantu mengekang penularan Covid-19.

Ini diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan, di Parlimen hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kesulitan teknikal telah menghalang aplikasi TraceTogether daripada berfungsi dengan baik di iPhone.

"Aplikasi ini nampaknya tidak berfungsi juga pada peranti iOS atau Apple," katanya.

Inilah sebabnya mengapa TraceTogether, aplikasi pemerintah yang mengenal pasti orang yang telah berhubungan dengan pesakit Covid-19, tidak diwajibkan, tambahnya.

Dr Balakrishnan, yang juga Menteri Ehwal Luar, menjawab bagi pihak Perdana Menteri atas pertanyaan-pertanyaan mengenai apakah yang dapat dilakukan untuk meningkatkan penggunaan aplikasi untuk mencari kontak.

Encik Vikram Nair (GRC Sembawang), bertanya apakah TraceTogether harus diwajibkan, sementara Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) ingin tahu apakah Pemerintah akan mempertimbangkan langkah-langkah untuk mendorong mereka yang tidak terbiasa dengan teknologi untuk memuat turun aplikasi tersebut.

Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG), yang dipimpin Dr Balakishnan, berada di bawah Pejabat Perdana Menteri. - The Straits Times

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3