LANGKAH yang dinanti-nantikan untuk mengawal selia khidmat kereta sewa privet mungkin dilaksanakan tidak lama lagi.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan hari ini bahawa ia sedang menyarankan untuk mengenakan keperluan lesen bagi semua pengendali khidmat sewa kereta termasuk teksi dan pengendali kereta sewa swasta seperti Grab dan GoJek “kerana mereka menyediakan khidmat yang sama untuk membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain”.
Ini merupakan perubahan ketara berbanding tempoh apabila kesemua syarikat baru itu tiba enam tahun lalu, apabila pihak berkuasa hanya melihat mereka sebagai “syarikat teknologi” dan bukan penyedia khidmat pengangkutan.
Menurut LTA dalam kenyataannya semalam, peraturan yang akan dikuatkuasakan turut merangkumi syarikat yang menyediakan khidmat pemandu yang ditempah.
Menurut laporan The Straits Times, pengamat menjangkakan perubahan untuk menyelaraskan peraturan yang dikenakan terhadap teksi dan juga khidmat kereta sewa privet.