Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan baru dipertimbang bagi basikal kargo, basikal 'baring'

Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) juga dalam perbincangan sama ada peraturan lebih ketat dikenakan kepada pengguna PMA kerana salah guna
Mar 16, 2022 | 05:30 AM



PANEL Penasihat Mobiliti Aktif (Amap), yang mengesyorkan langkah memastikan laluan pejalan kaki dan berbasikal selamat digunakan, sedang mempertimbang adakah peraturan baru diperlukan bagi jenis basikal yang semakin popular seperti basikal kargo dan basikal dengan tempat duduk secara berbaring.



Amap juga dalam perbincangan sama ada peraturan lebih ketat bagi sesiapa menggunakan alat mobiliti peribadi (PMA) perlu dilaksanakan taupun tidak.



Ini menyusuli aduan daripada penduduk yang bimbang akan kenderaan sedemikian disalah guna oleh mereka yang tidak mempunyai masalah mobiliti.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, berkata ini adalah sebahagian daripada kerja panel dengan terus mendahului trend baru sebelum ia menjadi satu isu, katanya yang juga merupakan pengerusi Amap, ketika bercakap dalam satu sesi langsung Facebook dengan Media SPH di stesen radio One FM 91.3.



"Saya menerima banyak aduan daripada penduduk (mengenai PMA) dan ia kelihatan menjadi seperti memiliki motosikal tanpa COE (Sijil Hak Memiliki Kenderaan)," katanya.



"Kami membuat keputusan teruskan sebelum ia menjadi masalah dan akan melihat versi jenis peranti mobiliti ini... sama ada perlu menyemak peraturan ataupun perhatikan sahaja," tambahnya.



Ini mungkin boleh jadi dalam bentuk sekatan baru pada pengguna peranti atau penunggang.



"(Bagi PMA), adakah seseorang itu perlukan sijil doktor bagi mengesahkan dia mempunyai masalah mobiliti? Mungkin juga ada orang yang menyalahgunakannya," ujar Encik Baey.



PMA ialah peranti seperti kerusi roda elektrik, yang tidak termasuk dalam senarai kenderaan yang dilarang di laluan pejalan kaki pada 2020.



Ini kerana ia banyak digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah perubatan.



Basikal kargo adalah basikal yang saiznya lebih besar dengan ruang untuk menyimpan barang. Satu lagi basikal yang menjadi isu ialah basikal yang tempat duduknya secara berbaring, di mana penunggang akan duduk dengan lebih santai.



Kedua-dua basikal ini juga boleh dikuasai enjin bermotor untuk bergerak dengan lebih laju.



Dalam satu temu ramah, Encik Baey berkata Amap juga sedang melihat bagaimana memanfaatkan dengan lebih baik taman Road Safety Park di East Coast supaya dapat mendidik kanak-kanak serta orang dewasa tentang etika jalan raya.



Kini terdapat program untuk murid sekolah rendah belajar tentang keselamatan jalan raya.



Encik Baey juga berkata beliau mula bersenam selepas disahkan menghidap barah hidung tahap pertama November tahun lalu.



Beliau telah berbasikal ke bangunan Singapore Press Holdings untuk temu ramahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >