KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang berusaha memperkenalkan undang-undang baru di Parlimen awal tahun depan melibatkan pengambilan minuman keras.
Berucap di Parlimen semalam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik S. Iswaran, berkata MHA telah menjalankan siri rundingan awam antara Oktober 2013 dengan Ogos tahun ini.