Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan baru tingkat keselamatan pekerja dalam lori mulai 1 Jan

Tempoh rehat bagi pekerja yang juga jadi pemandu antara langkah dikemas kini pihak berkuasa
Oct 20, 2022 | 06:23 AM



MAJIKAN tidak lama lagi perlu memberi sekurang-kurangnya 30 minit rehat untuk pekerja yang juga menjadi pemandu dan telah bekerja sekurang-kurangnya enam jam di tapak, sebelum mereka boleh memandu pekerja lain di bahagian belakang lori.



Majikan juga perlu menetapkan 'rakan kenderaan' untuk semua lori dengan pekerja di bahagian belakang.



Rakan kenderaan ini mesti telah dimaklumkan tentang peranan mereka, dan harus memeriksa sama ada pemandu itu dalam keadaan yang sesuai untuk memandu dan sentiasa berwaspada semasa memandu.



Langkah itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.



Ia antara langkah yang dikemas kini untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan pekerja yang diumumkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Polis Trafik (TP) semalam.



MOM juga akan mengeluarkan makluman mengenai Pengangkutan Selamat Pekerja yang akan merangkumi saranan tentang bagaimana majikan, pemandu, rakan kenderaan dan penumpang lori boleh memenuhi peranan mereka.



"Sudah tentu terdapat pengiktirafan luas bahawa keselamatan pekerja adalah utama, dan perlu ada langkah yang praktikal dan berkesan, yang boleh dilaksanakan secara tegar dan meluas," kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor.



Beliau sebelum ini bercakap tentang keselamatan pengangkutan pekerja semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Mac lalu.



Untuk meningkatkan lagi kebajikan pekerja, LTA akan menghendaki semua lori yang digunakan untuk membawa pekerja dipasang dengan penutup hujan.



"Penutup hujan ini, yang rata-rata adalah kanvas, mesti dipasang pada kanopi untuk semua bahagian dek lori yang tidak tertutup, termasuk celah yang dibuka sebahagiannya, untuk melindungi pekerja daripada cuaca buruk," kata agensi-agensi itu dalam satu kenyataan media.



Sekurang-kurangnya satu sisi kanopi mesti dipasang dengan penutup hujan lutsinar untuk "menyediakan persekitaran yang cukup terang" untuk pekerja di bahagian belakang lori itu.



Untuk memberi masa kepada syarikat membuat penyesuaian, keperluan penutup hujan akan dilaksanakan dalam tiga fasa.



Lori yang baru didaftarkan perlu melaksanakannya mulai 1 Januari depan, lori ringan yang sedang digunakan (berat muatan maksimum tidak melebihi 3,500 kilogram) mulai 1 Julai depan dan lori berat yang sedang digunakan (berat muatan maksimum melebihi 3,500 kilogram) mulai 1 Januari 2024.



Menjawab soalan tentang mengapa pelaksanaan akan mengambil masa, Dr Khor berkata bengkel memerlukan "masa utama untuk dapat membekal dan memasangnya pada semua lori yang membawa penumpang".



Polis Trafik juga akan menghendaki semua lori yang melebihi berat muatan maksimum (MLW) 3,500 kilogram untuk dilengkapi dengan pengehad kelajuan.



Pengehad kelajuan telah pun dikehendaki untuk semua kenderaan barangan dengan MLW melebihi 12,000 kilogram, dan alat amaran kelajuan dikehendaki untuk semua kenderaan barangan dengan MLW tidak melebihi 3,500 kilogram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >