Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan guna CPF, pinjaman HDB diubah bagi pembeli rumah lebih lama

May 09, 2019 | 05:56 PM



 



 



Pembeli rumah boleh menggunakan lebih banyak wang daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk membeli flat lama bermula Jumaat (10 Mei), dengan beberapa syarat tertentu.



Tempoh pajakan flat itu perlu memadai untuk dihuni pembeli termuda sehingga beliau berusia 95 tahun.



Pembeli juga berhak mendapatkan pinjaman maksimum daripada Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) untuk menampung 90 peratus harga hartanah atau harga yang dianggarkan, jika mereka membeli flat HDB jual semula, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam kenyataan bersama pada Khamis (9 Mei).



Pekembangan ini berlaku sedang pemerintah mengubah peraturan untuk memberi tumpuan kepada riwayat pemilik rumah, dan bukan baki tempoh pajakan.



Ia memastikan tempat tinggal pembeli rumah ‘terjamin’ dalam usia tua, dengan jangka hayat kini ditetapkan pada 85 tahun.



Ia juga mengambi kira kes di mana sebahagian pembeli memilih untuk membeli hartanah lama untuk tinggal berhampiran orang tua, selain menambah kelonggaran bagi flat bertukar tangan dalam pasaran di mana asetnya lebih sukar diubah kepada wang tunai.



Kebanyakan pembeli tidak akan terjejas perubahan ini. Sekitar 98 peratus keluarga yang tinggal di HDB dan 99 peratus keluarga yang memiliki hartanah privet memiliki rumah yang boleh membenarkan mereka tinggal di sana sehingga berusia sekurang-kurangnya 95 tahun, kata MND.



Namun, dengan peraturan baru ini, pembeli flat berusia pertengahan usia boleh membeli flat lama dan dikenakan peraturan lebih longgar apabila menggunakan CPF untuk berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >