Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: PERUBAHAN LANGKAH SELAMAT DITANGGUH DEK LONJAKAN KES HARIAN

Peraturan jarak selamat di masjid dikekalkan

Feb 25, 2022 | 06:44 AM



LANGKAH melonggarkan pengurusan selamat Covid-19 akan disemak semula, dengan tarikh baru akan diumumkan tidak lama lagi, kata Kementerian Kesihatan semalam.



Ini disebabkan oleh lonjakan semasa dalam kes harian, dan kerja meluas yang terlibat dalam melalui peraturan berbeza dalam sekitaran berbeza, katanya dalam satu kenyataan.



Peraturan sedia ada akan kekal pada masa yang sama, tambahnya.



Ekoran pengumuman tersebut, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ia akan mengekalkan jarak selamat satu meter di antara jemaah serta zon dan tanda jarak selamat di masjid-masjid sekitar negara.



Ini bermakna jemaah masjid masih belum boleh menunaikan solat berjemaah dengan saf yang dirapatkan. Dalam pada itu, zon solat yang membahagikan jemaah masih akan dikekalkan.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen menerusi satu catatan Facebook badan itu berkata:



"Kami faham masyarakat ghairah dengan pengumuman awal bahawa langkah-langkah jarak selamat mungkin dilonggarkan dengan had jemaah dinaikkan.



"Malangnya, seperti yang telah kita lihat sejak beberapa hari kebelakangan ini, kadar jangkitan masih kekal tinggi, dan MOH baru sahaja mengumumkan bahawa ia akan memperkemas langkah-langkah pengurusan selamat Covid-19 pada tarikh yang lebih lewat."



Laporan lanjut : Langkah selamat bagi kegiatan masjid tidak diubah



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >