Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan lebih ketat bagi iklan berbayar dalam talian dalam pilihan raya S’pura akan datang

Jun 08, 2020 | 06:01 PM



PARTI politik harus mematuhi peraturan yang lebih ketat bagi iklan berbayar dalam talian  bagi pilihan raya umum akan datang, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Isnin (8 Jun).



Perubahan ini termasuk memerlukan parti melaporkan kepada jabatan di mana dan bila iklan ini akan diterbitkan dan menambah syarat kepada iklan yang secara jelas menunjukkan iklan tersebut dibayar.



“Dengan memperkukuhkan syarat pendedahan di sebalik penggunaan iklan pilihan raya Internet berbayar dalam talian, pindaan ini akan meningkatkan akauntabiliti dan melindungi integriti proses pilihan raya dengan lebih baik," kata ELD dalam satu taklimat mengumumkan perubahan yang dibuat terhadap perundangan subsidiari di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen serta langkah-langkah jarak selamat di pusat mengundi jika pilihan raya diadakan.



Buat masa ini, calon sudah diminta untuk memaklumkan kepada Pegawai Pilihan Raya (Returning Officer) mengenai iklan yang akan diletakkan di semua wadah dalam talian sama ada berbayar atau tidak. 



Ini harus dilakukan dalam tempoh 12 jam bermulanya tempoh berkempen dan mengandungi nama penerbit, serta nama setiap orang untuk atau kepada siapa iklan pilihan raya itu diterbitkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >