Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan teksi sedang disemak agar setara dengan kereta sewa privet

Aug 23, 2016 | 08:57 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang menyemak peraturan yang mewajibkan teksi beroperasi pada waktu sibuk dan mencapai perbatuan harian minimum.



Ini bertujuan menyetarakan antara teksi dan perkhidmatan kereta sewa privet, seperti Uber dan Grab, yang tidak tertakluk pada peraturan itu.



Peraturan yang sedang disemak sebahagian daripada rangka kerja ketersediaan teksi yang diperkenal tiga tahun lalu.



Menurut LTA, peraturan itu membolehkan penumpang mendapatkan teksi dengan lebih mudah tetapi ramai pihak dalam industri teksi berkata ia menyebabkan teksi bergerak tanpa penumpang, dan menambah kepada kos pematuhan bagi pengendali dalam menguatkuasakan peraturan tersebut.



Ini mungkin diubah, kata LTA sebagai respons kepada pertanyaan media pada Isnin (22 Ogos).



"LTA sedang menyemak peraturan teksi kami sedang keperluan penumpang berkembang, untuk secara progresif menyetarakan keadaan bagi teksi dan kereta sewa privet. Maklumat lanjut akan dikongsi apabila ada," kata jurucakap LTA.



Beliau menambah bahawa rangka kerja ketersediaan teksi itu akan kekal bagi baki tahun ini.



Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad (21 Ogos), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata keadaan bagi teksi dan perkhidmatan seperti Uber dan Grab "tidak cukup setara". Beliau berkata pemerintah akan "secara progresif memperbaiki semua perkara ini".



Encik Lee berkata industri teksi tertakluk pada beberapa peraturan tambahan, sebagai contoh, perbatuan minimum dan keperluan undang-undang yang membuat mengendalikan teksi lebih mahal. Tetapi beliau juga berkata pemandu teksi mempunyai kelebihan mengambil penumpang di jalan raya.



Sebaliknya, pemandu Uber dan Grab mendapatkan penumpang menerusi aplikasi telefon bimbit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >