Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan tiga suku tangki akan dikenakan ke atas kenderaan diesel mulai April

Jan 02, 2019 | 02:51 PM



MULAI 1 April, kenderaan berdaftar di Singapura yang menggunakan diesel perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga suku tangki minyak apabila keluar dari Singapura melalui pusat pemeriksaan darat.



Kastam Singapura dalam satu kenyataan hari ini (2 Jan) berkata bahawa peluasan peraturan tiga suku tangki itu sejajar dengan pengenalan duti diesel berasaskan penggunaan baru-baru ini.



Langkah itu, yang diumumkan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, di Belanjawan 2017, bertujuan menggalak pemandu dan pemilik kenderaan menggunakan bahan api itu dengan lebih bijak dan mengurangkan pencemaran udara.



Buat masa ini, peraturan tiga suku tangki hanya dikenakan ke atas kenderaan berdaftar di Singapura yang menggunakan petrol dan gas asli.



Mulai 1 April, pemandu kenderaan yang menggunakan diesel yang tidak mematuhi peraturan itu boleh menghadapi denda sehingga $500, atau didakwa di mahkamah, kata Kastam Singapura.



Pemandu juga mungkin perlu membuat pusingan-U di pusat pemeriksaan darat  jika didapati melakukan kesalahan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >