Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peratusan Melayu raih ijazah dan diploma naik sejak sedekad

Jun 16, 2021 | 11:44 AM



MASYARAKAT Melayu telah mencatatkan kemajuan dengan meraih pendidikan lebih tinggi berbanding sepuluh tahun lalu, demikian menurut satu dapatan tinjauan penduduk yang dikeluarkan hari ini.



Bilangan masyarakat Melayu yang meraih sijil diploma dan kelayakan profesional meningkat daripada 9.8 peratus pada 2010 kepada 16.9 peratus tahun lalu.



Mereka yang meraih pendidikan universiti meningkat kepada 10.8 peratus pada 2020 berbanding 5.5 peratus pada 2010. 



Kemajuan tersebut turut diraih kumpulan etnik lain sepanjang sedekad lalu yang kini lebih berpendidikan berbanding 10 tahun lalu.



Pertama daripada dua laporan Banci Penduduk 2020, yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (DOS), Tinjauan nasional ini dilakukan sekali setiap 10 tahun.



Ia melibatkan 150,000 isi rumah pada tahun lalu, yang memberi tumpuan terhadap bilangan penduduk, merangkumi warga dan penduduk tetap.



Tinjauan keenam sejak kemerdekaan pada 1965 ini turut meninjau data berhubung ciri demografik, isu sosial, ekonomi dan pekerjaan serta perumahan, pengangkutan dan pendidikan.



Di tengah-tengah pertumbuhan bilangan penduduk yang lembap, bukan sahaja lebih ramai warga Singapura yang tidak berkahwin, malah mereka yang berkahwin juga memilih untuk tidak mempunyai anak yang ramai.



Bilangan penduduk yang berkahwin merosot sedikit kepada 58.8 peratus pada 2020 berbanding 59.4 peratus pada 2010

Antara 2010 dengan 2020, bilangan mereka yang tidak berkahwin dalam kalangan penduduk berusia antara 25 dengan 29 tahun meningkat daripada 74.6 peratus kepada 81.6 per cent bagi lelaki dan dari 54 peratus kepada 69 peratus bagi wanita.



Wanita juga tidak mempunyai anak yang ramai berbanding sedekad lalu dengan secara purata bayi yang dilahirkan merosot daripada 2.02 bagi setiap wanita pada 2010 kepada 1.76 pada 2020.



Penduduk Melayu mempunyai purata tertinggi iaitu 2.43 anak setiap wanita, walaupun in isatu kemerosotan daripada 2.73 pada 2010.



Dalam pada itu, penduduk dan penduduk tetap, merentasi usia dan kumpulan etnik, kini lebih celik huruf dalam dua atau lebih bahasa berbanding 2010.



Lebih ramai juga bertutur lebih daripada satu bahasa di rumah dengan bahasa Inggeris kerap menjadi pilihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >