Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perbahasan belanjawan: Merokok dilarang di lebih banyak pantai dan taman mulai Julai

Mar 07, 2022 | 08:17 PM



LARANGAN merokok Singapura akan dilanjutkan mulai 1 Julai untuk meliputi lebih banyak kawasan, termasuk semua taman awam, 10 pantai riadah, dan tapak yang diuruskan oleh agensi air negara PUB di bawah program air aktif, bersih dan cantik.


Ini diumumkan oleh Menteri Negara Kanan ( Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, pada Isnin (7 Mac) semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.


Larangan itu dilanjutkan untuk melindungi Singapura daripada kesan bahaya asap rokok ke atas bukan perokok, kata Dr Khor.


Buat masa ini, larangan merokok Singapura meliputi tempat-tempat seperti taman kejiranan di estet perumahan swasta dan awam, kolam air dan simpanan alam semula jadi.



Merokok juga tidak dibenarkan di bawah laluan pejalan kaki berbumbung, kawasan dalam jarak 5 meter dari perhentian bas, dan kolong blok.


Tetapi dengan peluasan itu, merokok akan dilarang mulai Julai di baki taman awam dan taman yang diuruskan oleh Lembaga Taman Negara (NParks), serta di program air aktif, bersih dan cantik PUB.


Contoh tapak sedemikian termasuk terusan dan tanda tempat berhampiran sungai, seperti Jambatan Lorong Halus. Tanah lembap, seperti Tanah Lembap Terapung Sengkang, dan kawasan berhampiran longkang besar juga termasuk dalam larangan ini.


Merokok juga akan dilarang di 10 pantai.


Ini termasuk Pantai Changi, Pantai East Coast, Pantai West Coast, Pantai Sembawang, Pantai Pasir Ris, Pantai Punggol dan pantai di Pulau Coney.


Merokok juga tidak akan dibenarkan di Pantai Siloso, Pantai Tanjong dan Pantai Palawan di Sentosa.


Apabila larangan itu bermula pada 1 Julai, sebahagian besar perokok hanya boleh merokok di kawasan merokok yang ditetapkan dan ruang awam terbuka seperti tanah lapang, laluan pejalan kaki tidak berbumbung dan kawasan tidak berbumbung di dek atas tempat letak kereta bertingkat.


Mereka juga boleh merokok secara privet seperti di rumah atau kereta mereka sendiri, asalkan tiada asap rokok dilepaskan di tempat yang dilarang merokok.


Bagi memberi masa yang mencukupi kepada orang ramai untuk menyesuaikan diri, mereka yang ditangkap merokok di tempat larangan baru akan menerima amaran untuk tiga bulan pertama.


Mulai 1 Oktober, tindakan penguatkuasaan akan mula berkuat kuasa dan individu yang ditangkap merokok akan dikenakan saman komposisi $200 atau denda hingga $1,000 jika didapati bersalah di mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >