Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Visa umrah lebih mahal daripada visa ziarah tapi jamin slot umrah, solat lima waktu di Masjid Haram

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Visa umrah lebih mahal daripada visa ziarah tapi jamin slot umrah, solat lima waktu di Masjid Haram

Oct 28, 2021 | 05:30 AM

VISA umrah, meskipun lebih mahal daripada visa ziarah, akan menjamin sekurang-kurangnya satu slot melakukan ibadah umrah dan tempahan solat lima waktu di Masjidil Haram serta satu slot ziarah di makam Nabi dan Raudah di Masjid Nabawi.

Oleh itu, jemaah di bawah visa umrah akan kurang terdedah kepada risiko tidak mendapat slot menunaikan umrah atau ziarah ke makam Rasulullah dan Raudah, berbanding visa ziarah.

Jemaah menggunakan visa ziarah perlu membuat tempahan berkenaan sendiri menerusi aplikasi mudah alih yang disediakan pihak berkuasa Arab Saudi.

Visa umrah dijangka berharga sekitar SAR750 ($270) hingga SAR850 beserta cukai dan sah selama 30 hari.

Ini berbanding visa ziarah yang berharga SAR440 (beserta cukai) dan selama 360 hari, menurut laman kedutaan Arab Saudi.

Jurucakap pasukan pembelajaran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas), Ustazah Juyda Noor Mohamad, berkata visa umrah juga menjamin jemaah dapat mendirikan kesemua ibadah itu sekurang-kurangnya sekali, berbanding pemegang visa ziarah, lebih-lebih lagi jika terdapat perubahan peraturan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Misalnya, Kementerian Umrah dan Haji mengumumkan kelmarin jemaah tidak boleh menempah permit slot ziarah ke Raudah jika sudah berbuat demikian menerusi aplikasi Etamarna, dan perlu menunggu 30 hari untuk menempah slot itu lagi menerusi aplikasi tersebut.

Hujung minggu lalu, wartawan Berita Harian yang menyertai lawatan pembelajaran Amtas ke Madinah dan Makkah itu, meninjau proses ziarah ke Raudah sekurang-kurangnya dua kali, satu menerusi permit yang disediakan visa umrah dan satu menerusi aplikasi Etamarna.

Wartawan BH mendapati bahawa tempahan ziarah ke Raudah sekali lagi menerusi Etamarna tidak boleh dilakukan, sebaliknya harus menunggu sebulan.

Ustazah Juyda berkata perkara ini ialah satu cabaran yang menjejas kedua-dua jenis visa, tetapi lebih kepada visa ziarah.

"Ini kerana mereka (jemaah dengan visa ziarah) datang ke Arab Saudi tanpa jaminan mereka mempunyai tempahan umrah dan ziarah, meskipun harga visa ziarah itu memang lebih murah," kata Ustazah Juyda.

Tidak seperti pemegang visa umrah yang dijamin mendapat tempahan oleh pihak berkuasa umrah dan haji Arab Saudi, pemegang visa ziarah perlu menempah slot umrah dan solat di Masjidil Haram dan ziarah ke Raudah dan Makam Rasulullah di Masjid Nabawi sendiri menerusi aplikasi Etamarna.

Ini hanya boleh dilakukan setiba mereka di Arab Saudi dan selepas mendapatkan kad SIM telekomunikasi negara itu.

Sehingga kini, selain ibadah berkenaan, ziarah ke tempat lain di Arab Saudi tidak dibenarkan bagi pemegang visa umrah.

Pemegang visa ziarah boleh membuat kunjungan ke tempat bersejarah, bergantung pada peraturan terkini kerajaan Arab Saudi.


PERBEZAAN VISA UMRAH DAN VISA ZIARAH 

ATUR CARA PERJALANAN:

Umrah: Berstruktur dan dikendali ejen pelancongan Arab Saudi (Muasassah)

Ziarah: Pelawat bebas membuat kunjungan ke mana-mana tempat berdasarkan peraturan terkini

UMRAH DAN SOLAT LIMA WAKTU DI MASJIDIL HARAM; ZIARAH MAKAM NABI DAN SOLAT DI RAUDAH DI MASJID NABAWI:

Umrah: Sekurang-kurangnya satu slot diaturkan terlebih dahulu dan boleh menempah lebih banyak slot menerusi aplikasi Etamarna

Ziarah: Tiada slot diatur terlebih terdahulu. Jemaah perlu membuat tempahan sendiri menerusi aplikasi Etamarna

HARGA:

Umrah: Sekitar SAR 750 - 850 ($270 - $305)

Ziarah: SAR 440 ($158 )

TEMPOH SAH VISA:

Umrah: 30 hari

Ziarah: 360 hari; setiap lawatan dihadkan 90 hari

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3