Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perbicaraan AHTC bermula hari ini

Oct 05, 2018 | 12:19 PM



PERBICARAAN berprofil tinggi terhadap tiga Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) bermula hari ini. 



Setiausaha agung WP Pritam Singh, pengerusi WP Sylvia Lim dan bekas ketua WP Low Thia Khiang tiba di Mahkamah Agung sekitar 9.45 pagi. 



AP WP Leon Perera, Dennis Tan, Muhamad Faisal Abdul Manap dan Png Eng Huat dilihat di galeri awam. 



Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) menyaman Encik Singh, Cik Lim dan Encik Low, serta dua ahli majlis bandaran, lebih $33.7 juta dalam bayaran yang dibuat majlis bandaran itu dari 15 Julai 2011 hingga 14 Julai 2015. 



Tuntutan yang dimulakan oleh AHTC di bawah arahan panel bebas, mendakwa bahawa pembayaran kepada ejen pengurusan dan pembekal perkhidmatannya adalah tidak wajar dan tidak sah, kerana ketiga-tiga AP GRC Aljunied telah melanggar tugas fidusiari mereka. 



Encik Low dan Cik Lim telah diminta untuk menjelaskan jumlah tersebut dan membayar balik wang yang dibayar dengan salah. 



Turut dinamakan dalam tuntutan tersebut ialah bekas ejen pengurusan FM Solutions dan Services (FMSS) dan pemilik firma tersebut, Cik How Weng Fan. 



Tuntutan itu juga mendakwa Cik Lim, Encik Singh dan ahli majlis bandaran Encik Chua Zhi Hon dan Encik Kenneth Foo telah melanggar Peraturan Kewangan Majlis Bandaran kerana tidak meminta tender bagi setiap projek dan tidak menerima tawaran terendah untuk tujuh projek- oleh itu AHTC terpaksa menanggung bayaran lebih sebanyak $2,794,560. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >