Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak juga dilecur, dikurung dalam sangkar

Perbicaraan bermula bagi ibu dan bapa bunuh anak 5 tahun

Nov 12, 2019 | 03:45 PM



BEBERAPA bulan sebelum kematiannya pada Oktober 2016, budak lelaki berusia lima tahun didera,  termasuk dikurung di dalam sangkar kucing peliharaan keluarganya.



Dia juga dicubit dengan alat penyepit di peha dan punggung, dipukul dengan penyapu dan penyangkut baju (hanger), dan dilecur air panas, lapor The Straits Times.



Penderaan fizikal dan psikologikal ini dilakukan oleh ibu bapanya sendiri, dari Julai 2016 sehingga dia meninggal dunia pada 23 Oktober tahun itu.



Apabila budak lelaki itu pengsan akibat kecederaan - selepas badannya 70 peratus lecur - ibu bapanya, difahami berlengah sehingga enam jam untuk menghantar budak itu ke hospital.



Azlin Arujunah dan Ridzuan Mega Abdul Rahmad, kedua-duanya 27 tahun, melakukan ini kerana takut mereka akan menghadapi masalah dek penderaan kanak-kanak.



Timbalan Pendakwa Raya Tan Wen Hsien, Daphne Lim dan Li Yihong berkata pasangan itu tidak hiraukan kebajikan dan nyawa budak itu.



“Ini pembunuhan mengerikan dan tragis,” kata mereka di Mahkamah Tinggi pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada 12 November.



Pasangan itu menghadapi tuduhan membunuh dengan niat yang sama, yang membawa hukuman mati.



Ridzuan diberkas pada 23 Oktober manakala Azlin pula pada 25 Okober.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >