Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perbicaraan kes Gereja City Harvest: Pendakwa tampil saksi baru

Jan 13, 2014 | 06:10 PM

PERBICARAAN kes profil tinggi penyelewengan wang derma melibatkan enam pemimpin Gereja City Harvest bersambung di mahkamah hari ini.

Dalam kes itu, pengasas gereja itu, Kong Hee, dan timbalannya - John Lam, Chew Eng Han, Tan Ye Peng, Serina Wee dan Sharon Tan - dituduh menggelapkan jutaan dolar dana gereja itu.

Mereka didakwa menyalurkan dana gereja sebanyak $24 juta kepada firma muzik Xtron dan syarikat pengilangan kaca Firna - untuk membiayai kerjaya isteri Kong, Sun Ho, yang juga seorang penyanyi.

Di perbicaraan tadi, pihak pendakwa menampilkan saksi baru daripada syarikat audit Baker Tilly TFW, Cik Tiang Yii, yang bertanggungjawab ke atas audit bagi firma Xtron antara Januari dengan Disember 2007.

Mahkamah diberitahu, duit berjumlah $24 juta yang didakwa adalah pelaburan bon palsu tidak diberitahu kepada juruaudit yang bertanggungjawab ke atas firma yang mengeluarkan bon itu.

Semasa memberi keterangan semalam, Cik Tiang berkata, audit yang dijalankannya itu adalah berdasarkan maklumat yang diberi oleh kliennya.

Meskipun kliennya, iaitu lembaga pengurusan dan akauntan Gereja City Harvest, memberi dokumen untuk menyokong maklumat yang diberikan itu, Cik Tiang menarik perhatian bahawa audit itu tidak boleh dianggap benar-benar tepat (absolutely accurate).

Sementara itu, Chew Eng Han, Tan Ye Peng, Serina Wee dan Sharon Tan turut menghadapi tuduhan bersekongkol menutup pelaburan menggunakan dana gereja sebanyak $24 juta itu menggunakan dana gereja sebanyak $26 juta, dengan muslihat kononnya syarikat Xtron dan Firna telah menebus bon tersebut.

Perbicaraan kes itu dijangka berlangsung sehingga September nanti.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3