Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perbicaraan warga S’pura yang didakwa biaya ISIS bermula

Jan 13, 2020 | 02:58 PM



WARGA Singapura pertama yang didakwa membiayai aktiviti pengganasan memulakan perbicaraannya Isnin (13 Jan) dengan mengemukakan hujah bahawa walaupun dia memberikan wang untuk menyokong ISIS di luar negara, dia tidak melanggar sebarang undang-undang. 



Imran Kassim, 35 tahun, berkata dia tidak mengiktiraf undang-undang Singapura dan hanya akan mengikut undang-undang Syariah. 



Bekas karyawan logistik itu didakwa memindahkan wang berjumlah $450 melalui syarikat Western Union kepada Mohamad Alsaied Alhmidan di Turkey untuk membantu menerbitkan propaganda ISIS. 



“Saya mengakui memindahkan jumlah wang itu, dan saya melakukannya untuk membantu ISIS,” katanya. 



Di bawah Akta Pengganasan (Menghentikan Pembiayaan), yang diperkenalkan pada 2002 untuk menghalang pembiayaan pengganasan di Singapura, sesiapa yang didapati bersalah menyediakan hartanah dan khidmat untuk keperluan pengganasan boleh menghadapi hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun dan saman yang tidak melebihi $500,000, atau kededuanya sekali. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >