Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perbincangan FB Live anjuran BH kupas isu kenaikan kos sara hidup

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



HARGA barangan di Singapura bergantung pada pelbagai faktor termasuk keadaan di luar negara kerana ekonomi negara amat terbuka dan kita bergantung kepada produk luar.



Inflasi import ini adalah sebahagian sebab yang menyebabkan harga barangan naik, yang kini dirasai warga Singapura, kata Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group Encik Saktiandi Supaat.



Encik Saktiandi, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, semalam, berkata demikian semasa menyertai perbincangan mengenai turun naik kos sara hidup di perbincangan sejam dianjurkan oleh Berita Harian.



Perbincangan itu telah disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook Berita Harian, meneruskan siri perbincangan mengenai isu-isu yang dekat dengan hati penduduk yang diadakan oleh akhbar.



Selain Encik Saktiandi, penjaja gerai Nur Indah Kitchen di Bedok Corner dan Bedok South, Cik Roziah Adon turut menyertai sesi perbincangan itu dan berkongsi pengalaman sebagai pemilik perniagaan bersama Penolong kepada Editor Berita Harian Cik Norhaiza Hashim.



Isu kos sara hidup kini mendapat perhatian dengan beberapa kos harian, seperti bil elektrik, petrol dan barang-barang lain naik.



Ini terutama di tengah-tengah pandemik ini, di mana sebahagian penduduk mengalami tekanan wang dan keadaan di tempat kerja yang tidak menentu.



Baru-baru ini, akhbar ini juga mengadakan sesi perbincangan maya mengenai kesihatan mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >