Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN: JURURAWAT DIIZIN PAKAI TUDUNG

Perbincangan laksana pakai tudung masih berjalan, butiran tidak lama lagi

Rahayu kongsi setiap hospital akan punya cara mereka sendiri untuk urus pakaian seragam masing-masing
Sep 01, 2021 | 05:30 AM



PERBINCANGAN berkaitan cara melaksanakan perubahan dasar pakaian seragam jururawat bagi membolehkan pemakaian tudung telah bermula dan masih dijalankan, kata Setiausaha Parlimen Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam.



Antara perkara yang dibincangkan termasuk jenis bahan tudung dan pelbagai situasi yang dilalui jururawat semasa bertugas, kata Cik Rahayu apabila ditanya mengenai proses mengemas kini dasar tersebut dan pelaksanaannya.



Mulai November ini, jururawat Muslim di sektor kesihatan awam akan dibenarkan memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka mahu, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Kebangsaan tahun ini.



Sebagai persiapan bagi perubahan tersebut, Cik Rahayu berkata perbincangan ini sebenarnya telah dimulakan pada tempoh yang lebih awal.



"Dari awal apabila kita memulakan perbincangan ini, ia adalah untuk memahami pandangan mereka dan apa yang mereka rasakan mengenai hal itu serta bagaimana ia dapat dilaksanakan dalam situasi-situasi yang tertentu di tempat kerja mereka," katanya.



Ini akan membantu pihak kementerian dan juga hospital untuk mengambil langkah yang sewajarnya.



"Kemudian dalam pelaksanaannya pula kita akan terus melihat sekiranya terdapat isu-isu yang akan ditimbulkan dan kita akan cuba memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan dengan baik," jelas beliau dalam satu panggilan video bersama Berita Harian.



Antara cabaran atau isu yang diketengahkan termasuk kawalan jangkitan, keselamatan bagi jururawat dan para pesakit yang menerima rawatan di hospital serta konsistensi dalam pakaian seragam.



Sebagai contoh, beliau berkata mereka harus memikirkan mengenai peraturan yang mesti ada untuk memastikan jangkitan tidak terjadi dalam situasi klinikal.



"Kebersihan dan kawalan jangkitan adalah antara perkara yang penting.



"Terdapat konsep 'bare below elbow' (tiada pakaian di bawah siku atau BBE) di mana mereka harus memastikan tidak adanya benda-benda yang akan menyebabkan jangkitan.



"Dalam keadaan seperti ini, jururawat atau para ahli pekerja kesihatan perlu faham, kita harus memerhatikan bahawa keadaan itu (BBE) itu adalah penting.



"Semasa keadaan begini, kita harus menyesuaikannya mengikut konteks," katanya.



Meskipun terdapat banyak lagi yang harus dibincangkan, Cik Rahayu menekankan bahawa ia tidak akan menjejas tahap profesionalisme tinggi jururawat.



"Rata-rata, dalam jangkauan kami dan perbincangan kami bersama pekerja-pekerja dalam sektor kesihatan, mereka faham dan tetap mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam pekerjaan mereka," ujarnya.



Ditanya mengenai seragam yang akan dipakai bagi jururawat yang memilih untuk memakai tudung mulai 1 November, Cik Rahayu berkata butiran lanjut akan diberikan lagi pada masa akan datang oleh institusi hospital nanti.



Tambahnya, setiap hospital akan mempunyai cara mereka sendiri untuk menguruskan setiap pakaian seragam mereka.



"Di situlah kita perlukan masa untuk memerhatikan landasan-landasannya dan adakan penyesuaian supaya kita dapat mencapai apa yang kita inginkan dan terus memelihara tahap perkhidmatan yang terbaik dari sektor kesihatan kita," ujarnya.



BH melaporkan semalam bahawa Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah mengeluarkan satu kertas kerja saranan bagi pemakaian tudung untuk jururawat yang diharapkan dapat dijadikan panduan visual untuk pihak berkuasa.



Kertas kerja tersebut mengandungi panduan rekaan tudung yang boleh digunakan pihak berkuasa dalam menghasilkan tudung yang bersesuaian, selamat dan kemas serta mematuhi dasar-dasar klinikal.




PERBINCANGAN LAKSANA TUDUNG



Dari awal apabila kita memulakan perbincangan ini, ia adalah untuk memahami pandangan mereka dan apa yang mereka rasakan mengenai hal itu serta bagaimana ia dapat dilaksanakan dalam situasi-situasi yang tertentu di tempat kerja mereka. Ini akan membantu pihak kementerian dan juga hospital untuk mengambil langkah yang sewajarnya. Kemudian dalam pelaksanaannya pula kita akan terus melihat sekiranya terdapat isu-isu yang akan ditimbulkan dan kita akan cuba memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan dengan baik.''



- Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam



KEKAL TAHAP PROFESIONALISME



Rata-rata, dalam jangkauan kami dan perbincangan kami bersama pekerja-pekerja dalam sektor kesihatan, mereka faham dan tetap mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam pekerjaan mereka.'' ujarnya.



- Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >