Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perbuatan beri babi hutan liar makan cetus pujian dan kebimbangan

Jun 21, 2016 | 09:07 AM



BEBERAPA babi hutan yang mendiami sebuah kawasan di sekitar Jeti Halus Lorong di Pasir Ris diberi makan oleh orang ramai, dan menimbulkan kebimbangan orang lain.



Sebuah video dan gambar seorang wanita memberi makan kepada haiwan liar itu disiarkan di Facebook sebuah kumpulan peminat berbasikal pada Ahad (19 Jun).



Video itu, yang disiarkan oleh seorang pengguna di  Facebook kumpulan Love Cycling SG, menunjukkan kira-kira 10 babi hutan pelbagai saiz di kawasan tandus berlumpur itu.



Seorang wanita juga dilihat mengeluarkan kandungan beberapa beg plastik yang kemudian dimakan haiwan tersebut.



Pengguna itu sedang berbasikal melalui jeti tersebut apabila beliau melihat wanita dan haiwan itu. Beliau kemudian melihat wanita tersebut membuang beg plastik itu selepas memberi haiwan tersebut makan.



Beberapa orang memuji tindakan wanita berkenaan, namun yang lain melahirkan kebimbangan bahawa perbuatannya mungkin menyebabkan haiwan itu datang lebih rapat dengan manusia untuk mencari makanan.



Seekor babi hutan dilapor mengejar dan mencederakan seorang budak lelaki di Punggol bulan lalu.



Penguara Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) pada 1 Jun berkata ia telah menerima 27 aduan mengenai babi hutan setakat ini tahun ini.



Memberi makan kepada babi hutan memang boleh menyebabkan mereka mengaitkan manusia dengan makanan, kata Cik Anbarasi Boopal, Timbalan Ketua Eksekutif di Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres).



"Perbuatan memberi mereka makan harus dihentikan... Jika tidak, mereka mungkin mendekati manusia pada masa akan datang, dan orang ramai mungkin melaporkannya sebagai gangguan, menyebabkan mereka dibunuh," katanya kepada akhbar The Straits Times.



Haiwan liar juga boleh menjadi tidak menentu, oleh itu yang terbaik ialah melihat mereka dari jauh, tambah Cik Boopal. "Mereka mempunyai cukup makanan di habitat mereka untuk terus hidup," katanya.



Seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS), yang memberi namanya sebagai Aziwan, 20 tahun, berkata beliau telah memberi makan kepada babi hutan di jeti itu hampir tiga tahun, dan mereka biasanya datang selepas sekitar 6 petang atau 7 malam, lapor akhbar Cina Shin Min Daily News pada Isnin (20 Jun).



Menurut nasihat di laman web AVA, orang ramai tidak perlu cuba memberi makan babi hutan dan harus mengekalkan jarak yang selamat dari mereka.



"Babi hutan haiwan tidak menentu dan boleh membahayakan. Gigi mereka boleh menyebabkan kecederaan serius. Babi hutan betina, terutamanya, berbahaya apabila melindungi anak mereka," kata nasihat itu.



Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan membuat babi hutan marah dengan mengambil gambar dengan flash dinyalakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >