Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Percaya pada institusi utama SG bertambah: Tinjauan

Laporan Edelman: Skor kepercayaan terhadap pemerintah, media, perniagaan dan NGO naik tahun lalu, tertinggi dalam 10 tahun
Mar 20, 2021 | 05:30 AM



KEPERCAYAAN terhadap institusi utama pemerintah, perniagaan, media dan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Singapura meningkat di tengah-tengah pandemik dan kemelesetan ekonomi, menurut laporan Edelman Trust Barometer terbaru yang dikeluarkan kelmarin.



Seramai 1,150 warga Singapura yang ditinjau memberi negara ini skor indeks kepercayaan - purata bagi empat institusi itu - sebanyak 68 peratus, meningkat enam mata daripada tahun sebelumnya dan tertinggi dalam satu dekad.



Laporan bagi Singapura itu sebahagian daripada tinjauan umum melibatkan lebih 33,000 orang berusia 18 tahun ke atas di 28 negara, yang dijalankan oleh firma perhubungan awam global Edelman.



Tinjauan edisi ke-21 tinjauan tahunan itu dijalankan dari Oktober hingga November tahun lalu, lapor akhbar The Straits Times.



Skor Singapura berada di kedudukan kelima di belakang India (77 peratus), China (72 peratus), Indonesia (72 peratus) dan Arab Saudi (69 peratus).



Negara seperti Australia (59 peratus) berada dalam lingkungan "berkecuali" Edelman, sementara Amerika Syarikat (48 peratus) dan United Kingdom (45 peratus) mencatat "tidak percaya" dalam kalangan mereka yang ditinjau.



Responden di 24 negara itu juga menilai empat institusi tersebut berdasarkan berapa cekap atau beretika mereka dipandang.



Pemerintah institusi paling dipercayai rakyat Singapura, dengan 76 peratus berkata demikian, bertambah daripada 70 peratus tahun lalu.



Ini diikuti NGO, dengan 70 peratus berkata demikian, naik enam mata; perniagaan 65 peratus, naik tujuh mata dan media 63 peratus, naik tujuh mata.



Mengenai media - merangkumi lanskap global - 59 peratus percaya enjin carian sebagai sumber berita dan maklumat melebihi media tradisional (56 peratus), media milik jenama (43 peratus) dan media sosial (42 peratus).



Ini pertama kali sejak 2012 kepercayaan terhadap media tradisional jatuh di bawah 60 peratus.



Ini mungkin disebabkan tanggapan bahawa berita tradisional kurang tepat pada masanya dan kurang dikemas kini berbanding sumber digital, kata ketua masyarakat dan budaya di Institut Pengajian Dasar (IPS), Dr Carol Soon, dalam satu perbincangan panel mengenai dapatan laporan itu.



Seorang lagi panelis, timbalan editor eksekutif akhbar South China Morning Post, Cik Zuraidah Ibrahim, berkata terdapat isu asas dan struktur, yang dibina daripada peningkatan kesinisan di Singapura dan di peringkat global.



"Mungkin kompak sosial perlu ditangani kembali. Kita perlu melihat kembali, pascapandemik, apakah ketidakadilan yang harus kita perhatikan," kata Cik Zuraidah.



Dr Soon menambah bahawa membangunkan kepercayaan secara keseluruhan memerlukan pendekatan ekosistem.



"Anda tidak boleh meletak tanggungjawab pada satu institusi tertentu sahaja - sama ada media mahupun pemerintah - untuk meningkatkan skor kepercayaan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >