Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Percubaan bayar caj letak kenderaan menerusi aplikasi bergerak dilancar

May 15, 2017 | 07:17 PM



TIDAK lama lagi anda tidak lagi perlu tergesa-gesa kembali ke kenderaan anda semata-mata untuk menambah kupon bagi melanjutkan tempoh meletak kenderaan.

Ini kerana sejajar dengan visi untuk menjadikan Singapura sebuah negara yang bijak, pemerintah sedang membangunkan satu aplikasi meletak kenderaan secara digital bagi membolehkan pemandu membayar caj meletak kenderaan melalui telefon bimbit mereka.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dengan kerjasama Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech), sedang membangunkan aplikasi bergerak bagi pemandu menggunakannya di tempat letak kenderaan awam yang masih lagi menggunakan kupon kertas.

Antara kemudahan yang dapat dimanfaatkan pemandu apabila menggunakan aplikasi bergerak ini termasuk membayar caj letak kenderaan secara digital, mengira caj meletak kenderaan secara automatik, dan melanjutkan tempoh sesi meletak kenderaan.

Satu percubaan akan dijalankan di kalangan para kakitangan sektor awam mulai bulan ini hingga Jun sebelum ia dilanjutkan kepada orang awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >