Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SARANAN JAWATANKUASA SEMAKAN KANUN KESEKSAAN

Percubaan bunuh diri diusul bukan lagi satu kesalahan jenayah

Sep 10, 2018 | 05:30 AM



PERBUATAN cuba membunuh diri telah disarankan sebagai tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan jenayah di masa depan.



Jika saranan tersebut dilulus Parlimen, ia akan memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang ada sekarang - yang menganggap perbuatan cuba membunuh diri satu kesalahan di bawah undang-undang.



Jawatankuasa Semakan Kanun Keseksaan (PCRC) menyarankan demikian dalam satu laporan 500 muka surat yang diedarkan kepada media.



Dalam laporannya, PCRC berkata undang-undang yang diperkenalkan dalam abad ke-19 itu wujud kerana langkah menetapkan perbuatan cuba membunuh diri sebagai kesalahan jenayah kerana dianggap sebagai cara terbaik untuk mencegahnya.



Namun, sekiranya undang-undang itu dimansuhkan, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam berkata beliau tidak fikir kesan mencegah percubaan membunuh diri itu akan berkurangan.



"Kalau seseorang itu ingin bunuh diri, dia tidak akan bimbang sama ada dia akan dipenjara atau tidak jika percubaan bunuh diri itu gagal kerana mereka anggap mereka tidak akan hidup lagi.



"Saya rasa adalah lebih wajar bagi mereka yang cuba bunuh diri untuk menjalani rawatan," kata Encik Shanmugam.



Meskipun masyarakat rata-rata terus menentang perbuatan bunuh diri, PCRC berpendapat bahawa rawatan, dan bukan pendakwaan di mahkamah, merupakan respons yang wajar bagi individu yang cukup menderita sehingga cuba bunuh diri sendiri.



Menurut jawatankuasa itu, sistem keadilan jenayah tidak ideal bagi menangani kes percubaan bunuh diri.



Ini kerana individu yang cuba bunuh diri biasanya sedang menderita dan memerlukan bantuan perubatan.



Mereka juga mungkin tidak dapat dicegah dengan hukuman.



Justeru, selain memansuhkan Seksyen 309, PCRC turut menyarankan supaya memperluaskan Seksyen 7 Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) bagi memastikan individu yang memerlukan bantuan kesihatan mental menerima penilaian dan rawatan yang sewajarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >