Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SURAT DPM HENG KEPADA PERDANA MENTERI

"Perdana Menteri seterusnya perlukan landasan panjang"

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



8 April 2021



Ke hadapan Perdana Menteri,



Lebih dua tahun lalu, kepimpinan generasi keempat (4G) PAP memilih saya untuk mengetuai pasukan ini. Kami telah menjalinkan ikatan sebagai satu pasukan dan bekerja sama dengan baik sejak itu.



Covid-19 melanda tahun lalu. Krisis itu telah mengganggu kehidupan dan mata pencarian di seluruh dunia dan menimbulkan ketidaktentuan yang mendalam. Virus itu juga telah mempercepatkan perubahan struktur yang besar, seperti persaingan strategik antara kuasa-kuasa besar, ketidakpuasan hati dengan penyejagatan dan revolusi digital. Selain itu, kita perlu menangani cabaran dalam penduduk yang menua, dan keinginan untuk mempunyai kepelbagaian dalam politik.



Tumpuan utama kita ialah menangani krisis dalam jangka masa terdekat dan memastikan rakyat kita selamat. Saya berterima kasih kerana komitmen anda untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga krisis ini berakhir, agar anda dapat menyerahkan Singapura dalam keadaan yang baik kepada pemimpin selanjutnya.



Meskipun pelaksanaan vaksin sedang dijalankan, pandemik itu masih berleluasa di dunia. Dengan banyak varian baru yang wujud, ramai yang menjangkakan krisis ini akan berpanjangan.



Perdana Menteri yang seterusnya harus mempunyai landasan panjang yang mencukupi bagi mendalami keperluan memimpin negara ini, melakarkan dan melaksanakan strategi jangka panjang bagi negara kita; dan memenangi keyakinan dan sokongan rakyat Singapura dalam membangunkan masa hadapan yang dikongsi bersama. Orientasi jangka panjang pemerintah PAP secara berturut-turut dan sokongan rakyat adalah kritikal kepada kejayaan Singapura.



Tahun ini, saya berusia 60 tahun. Oleh kerana krisis ini akan berpanjangan, saya akan mendekati usia pertengahan 60-an apabila krisis ini berakhir. Usia 60-an masih merupakan waktu kehidupan yang amat produktif. Tetapi, apabila saya menimbangkan usia-usia tiga Perdana Menteri kita yang mengambil jawatan itu, saya bakal mempunyai landasan yang pendek jika saya menjadi Perdana Menteri. Kita perlu pemimpin yang bukan hanya dapat membangunkan Singapura pascaCovid-19, tetapi juga menerajui tahap pembangunan negara yang seterusnya.



Apabila saya menghidap angin ahmar pada 2016, anda dan rakan Kabinet memberikan sokongan yang padu. Dengan kerja keras pasukan perubatan saya, penjagaan dan dorongan keluarga, rakan serta rakyat Singapura, saya telah dapat pulih sepenuhnya. Setelah bekerja dengan anda, ESM Goh Chok Tong dan MM Lee Kuan Yew, saya tahu tugas tertinggi itu memerlukan jangkaan besar terhadap pemegang jawatan. Dalam dunia pascaCovid-19, permintaan yang diperlukan adalah lebih besar. Meskipun kesihatan saya adalah baik hari ini, demi kepentingan terbaik negara untuk mempunyai seseorang yang lebih muda bagi menangani cabaran besar yang mendatang.



Selepas pertimbangan teliti serta perbincangan dengan keluarga, saya telah memutuskan mahu mengundurkan diri sebagai pemimpin pasukan 4G agar pemimpin lebih muda yang mempunyai landasan lebih panjang dapat mengambil alih. Ia adalah bagi pasukan 4G untuk memilih orang itu, dan saya bersedia menyokong pemimpin yang seterusnya.



Saya menghargai sokongan rakyat Singapura dan telah membuat keputusan ini berdasarkan kepentingan terbaik bagi Singapura dan rakyat Singapura.



Saya akan terus melaksanakan yang terbaik, untuk menyokong anda, rakan Kabinet dan Parti, agar kita akan terus memperbaiki kehidupan rakyat Singapura dan wujud lebih kukuh pascaCovid-19.



Izinkan saya melahirkan penghargaan kepada anda, rakan Kabinet dan pasukan 4G kerana keyakinan anda terhadap saya, dan kerana diberikan keistimewaan dan penghormatan ini untuk memberikan khidmat kepada Singapura bersama anda. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ESM Goh, yang menjadi mentor saya sejak masa saya di MAS.



Yang ikhlas,



Heng Swee Keat




"Perdana Menteri yang seterusnya harus mempunyai landasan panjang yang mencukupi bagi mendalami keperluan memimpin negara ini, melakarkan dan melaksanakan strategi jangka panjang bagi negara kita; dan memenangi keyakinan dan sokongan rakyat Singapura dalam membangunkan masa hadapan yang dikongsi bersama. Orientasi jangka panjang pemerintah PAP secara berturut-turut dan sokongan rakyat adalah kritikal kepada kejayaan Singapura."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >