Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09

Perdaus gesa majikan penjagaan privet ikuti langkah benarkan pemakaian tudung

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Perdaus gesa majikan penjagaan privet ikuti langkah benarkan pemakaian tudung

Sep 01, 2021 | 05:30 AM

BADAN kebajikan sukarela (VWO) Islam Perdaus menyertai badan Melayu/Islam lain untuk menyuarakan sokongannya bagi keputusan pemerintah membenarkan jururawat Muslim dalam sektor penjagaan kesihatan awam memakai tudung dengan seragam mereka jika mereka mahu.

Menerusi satu kenyataan, Perdaus berkata tudung merupakan bahagian penting dalam agama Islam bagi ramai wanita Muslim.

Malah, ramai wanita Muslim ini memakainya dalam pelbagai keadaan namun interaksi antara individu pelbagai kaum rata-ratanya terus selesa.

Perdaus juga akur bahawa langkah perubahan dasar ini adalah hasil usaha membina konsensus selama bertahun-tahun serta usaha mempertimbang dengan berhati-hati akan kesannya pada hubungan antara kaum dan agama di Singapura.

"Perdaus ingin merakam penghargaan dan rasa terima kasih kami kepada pemerintah untuk turut menyertakan kami dalam proses ini sejauh ini.

"Kami kekal komited memastikan saluran komunikasi berhubung hal ini dan isu lain yang penting bagi masyarakat Muslim terus terbuka," ujar Perdaus.

VWO itu juga menggesa majikan penjagaan kesihatan awam segera menyokong pelaksanaan perubahan dasar itu.

Mereka juga menggesa majikan penjagaan kesihatan privet untuk turut melakukan demikian.

"Kami juga meminta orang awam menyokong dan menghormati pilihan individu untuk memakai tudung.

"Sedang Singapura beralih untuk hidup dengan endemik Covid-19, marilah kita berusaha mewujudkan sekitaran kerja yang sesuai bagi jururawat Muslim yang berkhidmat di barisan depan setiap hari," ujar Perdaus.

Dalam pada itu, mereka turut menyokong usaha mewujudkan Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) dan usulan untuk menetapkan Garis Panduan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) berhubung isu diskriminasi di tempat kerja dalam undang-undang.

Menurut Perdaus, mereka percaya usaha ini memberi isyarat kukuh akan hasrat pemerintah untuk memastikan hubungan antara kaum dan agama di sini kekal harmoni dan menyumbang kepada usaha pembangunan negara sedang Singapura menangani cabaran yang dihadapi negara ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3