Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perdaus, MAEC Hong Kah North agih baucar $100 dan kuih Raya pada keluarga susah

May 10, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 50 keluarga berpendapatan rendah telah menerima pek Aidilfitri yang mengandungi baucar wang tunai bernilai $100 untuk membeli barangan dapur dan dua botol kuih Raya.



Dianjurkan bersama antara Perdaus dengan kerjasama bersama Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Hong Kah North, inisiatif tersebut dijalankan semalam dengan kehadiran tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor.



Dalam ucapannya, Dr Khor yang juga penasihat akar umbi Hong Kah North berkata beliau amat teruja melihat usaha yang dijalankan Perdaus memberi secebis kegembiraan kepada mereka yang memerlukan terutama dalam masa-masa mencabar sekarang.



"Setiap orang boleh melakukan bahagian mereka untuk membantu mereka yang memerlukan.



"Jika mereka tidak dapat membantu daripada segi sumber, mereka juga boleh membantu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang boleh membantu mereka yang memerlukan, dan ini saya rasa amat penting dan bermakna," ujarnya.



Beliau juga mengingatkan masyarakat agar menjaga jarak selamat apabila kunjung-mengunjung pada Raya ini.



"Raya sebulan jadi anda mempunyai masa yang mencukupi untuk kunjung-mengunjung. Anda juga boleh bertemu secara dalam talian. Usah lupa untuk mengambil suntikan vaksin jika anda belum melakukannya," kata beliau lagi.



Inisiatif tersebut disokong pengumpulan zakat dan projek Bantuan Makanan yang diusahakan Perdaus sendiri.



Bantuan makanan itu membiayai pek Aidilfitri yang sama di bawah kelab masyarakat Fengshan dan Kampong Chai Chee.



Selain itu, dengan kerjasama Gabungan Sokongan Migran Covid-19 (CMSC), bantuan itu turut mengandungi pek yang telah diagihkan kepada 200 pekerja asing di asrama.



Pelajar menengah dua daripada Imad Perdaus Bedok turut menyingsing lengan membantu membungkus barangan selain menulis kata-kata perangsang kepada para pekerja migran di sini.



Kata Naib Presiden Perdaus, Ustaz Md Taufiq Ismail:



"Para pelajar menengah dua kami terlibat sama dalam inisiatif ini kerana ini juga merupakan sebahagian daripada pengalaman pembelajaran dalam kurikulum merkea agar dapat merasai usaha menyumbang semula kepada masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >