Perenjis air rosak sebab air bertakung di Jewel, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Perenjis air rosak sebab air bertakung di Jewel

Apr 14, 2019 | 06:00 PM

 

 

Perenjis air yang rosak di Jewel di Lapangan Terbang Changi menyebabkan air meleleh dan bertakung di satu sudut pusat beli belah itu pada Sabtu (13 April), hari ketiga ia dibuka kepada awam.

Video insiden itu itu dikongsi secara meluas di dalam talian, termasuk satu video berjudul ‘Waterfall at Jewel Airport’, menunjukkan pengunjung melihat air meleleh dari siling.

Satu lagi video yang diterbitkan di Facebook pada Sabtu menunjukkan pekerja membersihkan kawasan yang bertakung air.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menjawab pertanyaan media, jurucakap Lapangan Terbang Chani berkata kebocoran itu berlaku di Dewan Ketibaan di Terminal Satu. Ia disebabkan perenjis air yang rosak di unit kedai yag belum berpenghuni.

“Isu itu ditangani dengan cepat dan diselesaikan tanpa menjejas teruk operasi,” kata jurucakap itu.

Sekitar separuh juta orang telah mendaftar untuk mendapatkan tiket previu percuma dan boleh pergi ke Jewel sehingga Selasa.

Jewel akan membuka pintu secara rasmi pada Rabu.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map