Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Pererat hubungan melalui majlis buka puasa berbilang kaum

Bantuan makanan, baucar diberi kepada keluarga memerlukan di majlis anjuran gerakan antara agama Sowing Care Together
Apr 13, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN Singapura telah berjaya membina sebuah masyarakat berbilang agama dan kaum yang kukuh, masyarakat tidak harus mengambil mudah kejayaan itu dan sebaliknya harus terus membina dari usaha itu.



Seruan itu dibuat oleh Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, di majlis buka puasa yang dihadiri tetamu berbilang bangsa anjuran Sowing Care Together (SCT) Hope Initiative Alliance (HIA) pada Rabu di HeartBeat@Bedok.



SCT adalah sebuah gerakan di bawah HIA yang menggalak nilai kebajikan antara agama dan kesukarelawanan.



"Acara buka puasa seperti ini mengeratkan ikatan antara masyarakat yang berbeza dan memupuk pemahaman lebih mendalam tentang Islam sebagai agama yang baik dan penuh belas kasihan.



"Saya bangga melihat masyarakat Melayu/Islam meluangkan masa bergotong-royong untuk bersedekah dan membantu keluarga memerlukan walaupun mereka sendiri mempunyai banyak komitmen di samping menjalani ibadah puasa," kata Encik Tan.



Ia majlis buka puasa pertama yang dianjurkan oleh SCT, yang bekerjasama rapat dengan SSO@Bedok untuk mengenal pasti keluarga memerlukan.



Sekitar 100 keluarga rentan di bawah skim bantuan Comcare dari Bedok dijemput berbuka puasa bersama anggota akar umbi, pemimpin masyarakat dan relawan berbilang agama dan kaum.



Mereka turut dihadiahkan habuan Ramadan berupa beras, barang makanan dan baucar bernilai $90 untuk membantu pembelanjaan mereka sepanjang bulan puasa.



Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, turut hadir dan menyampaikan ceramah sebelum buka puasa.



Mengulas mengenai majlis itu, Ustaz Dr Hannan berkata beliau amat mengalu-alukan usaha sebegitu untuk menyatukan masyarakat, tidak kira bangsa, agama atau bahasa.



"Pada waktu yang mencabar, di situlah munculnya sikap kemanusiaan kita. Semasa pandemik Covid-19, kita melihat bagaimana masyarakat berbilang agama, kepercayaan dan bahasa dapat bersatu.



"Hari ini adalah manifestasi sikap kemanusiaan itu dan saya amat bangga dengan usaha menyatukan orang ramai untuk menyokong satu sama lain tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama," kata beliau.



Usaha itu mendapat sokongan luas daripada pelbagai badan dan syarikat.



Ini termasuk daripada Free Food For All dan House Brand, yang menaja makanan sedia makan; lima syarikat makanan dan minuman yang menderma 750 kilogram beras; dan PricewaterhouseCoopers GHRS Pte Ltd, yang menderma baucar NTUC FairPrice bernilai $50 bagi setiap keluarga.



Presiden HIA, Reverend Ezekiel Tan, berkata amat penting melibatkan masyarakat berbilang kaum demi mencapai matlamat yang sama dan menjalin hubungan baik.



"Adalah penting HIA melibatkan masyarakat berbilang agama untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat kerana kami ingin mencapai matlamat yang sama dan membina hubungan baik bersama-sama, bukan bagi kepentingan dialog antara agama sahaja, bahkan lebih lagi untuk usaha bersama untuk melakukan lebih banyak kebaikan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >