Beberapa institusi keagamaan termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengeluarkan kenyataan kelmarin sebagai respons kepada pendirian pemerintah berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Seksyen 377A, yang memperuntukkan seks antara lelaki sebagai jenayah. Badan-badan agama tersebut melahirkan penghargaan kepada komitmen pemerintah mengekalkan norma dan nilai keluarga di Singapura, dengan Muis menyifatkan nilai tersebut sebagai "masih kukuh dan akan terus kekal kukuh" meskipun ia mengingatkan orang ramai supaya menyerlahkan sikap saling hormat dan ihsan dalam pergaulan dengan semua golongan masyarakat. Hari ini, BERITA MINGGU (BM) menerbitkan kenyataan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).
UCAPAN penghargaan ditujukan kepada pihak pemerintah yang menjunjung tinggi nilai moral yang dipegang oleh majoriti masyarakat dan mengambil pendekatan yang bijak dan keseimbangan dalam menangani perkara ini.
Keamanan sosial dalam masyarakat berbilang bahasa, budaya dan agama dijadikan teras pertimbangan dalam mengambil keputusan ini.
Pandangan Islam tentang nilai moral yang universal adalah jelas dan konsisten.
Ia tidak berubah sepanjang zaman walaupun terdapat para Nabi yang bersilih-ganti.
Inilah asas yang membentuk pandangan majoriti ulama Islam tentang larangan perbuatan hubungan seks di antara dua lelaki dan menjadi asas pegangan agama samawi yang lain.
Pergas bersama masyarakat Islam bersyukur bahawa nilai ini masih kukuh dan menjadi pegangan majoriti masyarakat beragama di Singapura.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

Sebagai institusi asatizah dan institusi pendidikan Islam, Pergas komited untuk menyemai dan melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi yang diwariskan kepada generasi akan datang.
Pergas bersama institusi keagamaan yang lain serta majoriti masyarakat Islam di Singapura ingin agar dasar yang menyokong nilai-nilai moral yang universal dikekalkan.
Walaupun terdapat pandangan yang berbeza, keamanan perlu dipupuk dan sifat saling hormat-menghormati sentiasa dipelihara dan menjadi kayu ukur kepada kehidupan bermasyarakat yang progresif di Singapura.
Firman Allah swt di dalam Surah Al-Syura ayat 11:
"(Allah) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan, dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan pula, dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan cara itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."