Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas Investment Holdings (PIH) beli bangunan Fragrance di Changi Road pada harga $28.8 juta

Jan 31, 2020 | 04:47 PM



SYARIKAT milik penuh Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Pergas Investment Holdings (PIH), telah membeli sebuah bangunan pegangan bebas lima tingkat, Fragrance Building, di 168 Changi Road pada harga pasaran sebanyak $28.8 juta Disember lalu.



Bangunan itu sebelum ini dimiliki syarikat pemaju hartanah disenaraikan di Bursa Singapura (SGX), Fragrance Group yang membangunkan hartanah hotel dan kondominium di sini dan luar negara.



Bangunan seluas 17,986 kaki persegi, yang dibeli sudah mempunyai penyewa ketika ini dan akan terus disewakan bagi menjana pendapatan sewa yang dianggarkan sebanyak $52,000 sebulan.


Mendedahkan kepada akhbar Berita Harian (BH), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PIH dan Pergas, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff berkata pembelian hartanah di bangunan Fragrance adalah bagi tujuan pelaburan jangka panjang dan usaha sama dengan badan-badan Islam yang berminat untuk bekerjasama.



Ibu pejabat Pergas di Wisma Indah masih akan dikekalkan buat masa ini.



Untuk laporan lanjut,  sila baca di BH esok (1 Feb)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >