Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas jalankan pelan strategik empat tahun

Pengajian Islam, kaunseling, pemulihan antara tumpuan bangun asatizah pakar
Jan 16, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) sedang melaksanakan pelan strategik bagi tempoh empat tahun hingga 2024 bagi membangunkan kepakaran dan kemahiran golongan asatizah serta menaikkan taraf persatuan itu.



Memberikan perkembangan terkini mengenai pelan itu, Presiden Pergas Ustaz Mohamad Hasbi Hassan berkata pelan-pelan yang telah dilakarkan akan membantu mencapai visi dan misi Pergas dalam beberapa tahun ini.



Visi Pergas adalah "Kepimpinan Ulama dan Asatizah yang Berwibawa dan Berwawasan".



Misi mereka pula adalah "Melahirkan Generasi Asatizah yang Pakar dan Mesra dalam Membimbing Masyarakat".



Ustaz Hasbi turut menjelaskan pelan itu akan dibahagikan kepada tiga teras utama - membangunkan asatizah pakar, membimbing masyarakat bagi memupuk komuniti cemerlang dengan memberi bimbingan yang holistik dalam aspek pendidikan Islam, dan sistem berinovasi.



Ustaz Hasbi juga anggota majlis Majlis Ugama Islam SIngapura (Muis) dan anggota penuh Jawatankuasa Fatwa.



Pelan itu telah mula dilaksana sejak tahun lalu.



Menerangkan lebih lanjut, Ketua pegawai eksekutif Pergas, Ustaz Dr Mohamed Qusairy Thaha percaya pelan-pelan ini akan membantu Pergas supaya kekal relevan dalam masyarakat yang kian berkembang.



"Pergas memainkan peranan proaktif dalam melihat kepada tren-tren yang berkembang, biarpun di peringkat global atau setempat.



"Kami juga melihat apa kesannya terhadap para asatizah kami," kata Ustaz Qusairy.



Ustaz Qusairy menambah pandangan dan maklum balas asatizah-asatizah muda juga diambil kira apabila mencorak pelan strategik itu.



"Melihat kepada landskap asatizah yang lebih muda, Pergas sendiri mempunyai lebih 70 hingga 80 peratus kakitangan di mana mereka juga adalah asatizah muda (bawah 28 tahun).



"Jadi, ini juga perlu diambil kira bagi langkah-langkah yang perlu Pergas ambil (untuk ke hadapan)," kata beliau yang menyandang jawatan itu sejak April 2021.



Dalam pada itu, Ustaz Qusairy berharap asatizah-asatizah muda setempat serta masyarakat dapat melihat usaha baik Pergas dan meraih manfaat menerusi langkah-langkah di dalam pelan strategik persatuan itu.



Beliau juga percaya perancangan yang diadakan ini akan terus mengukuhkan usaha berterusan Pergas sejak ditubuhkan pada Februari 1957.



"Ini akan melestarikan legasi ulama dahulu dan kita juga dapat menyambung usaha legasi mereka untuk memastikan Pergas kekal relevan dan boleh bertahan pada masa akan datang," kata beliau.



Dalam rangka pelan strategik Pergas itu, terdapat juga rancangan meneroka cara baru untuk mendekati masyarakat.



Ini termasuk membangunkan studio dakwah dan memanfaatkan teknologi media sosial.



Seiring itu, usaha mempertingkat penerbitan dakwah dan bahan pendidikan sedang dilaksana.



Turut menjadi tumpuan ialah mempertingkat kemahiran kakitangan Pergas dan membina tempat kerja yang mesra sekitaran.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >