PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas) melahirkan rasa prihatin terhadap keputusan pemerintah yang meluluskan permohonan menawarkan khidmat perjudian dalam talian baru-baru ini serta kesannya terhadap kesejahteraan warga Singapura tanpa mengira bangsa dan agama.
Dalam kenyataannya kelmarin, Pergas bagaimanapun berkata pihaknya memahami bahawa kelulusan ini merupakan antara usaha pemerintah mengawal perjudian jarak jauh dan perjudian tanpa lesen.