Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas pecat kakitangan

Mar 28, 2015 | 07:05 PM



PERSATUAN Ulama & Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah memecat seorang kakitangannya, menyusuli tindakan menyebarkan surat takziah pertubuhan itu sebelum pemergian mantan perdana menteri, Encik Lee Kuan Yew.


Dalam kenyataannya di akaun rasmi Pergas di Facebook, pertubuhan itu menyatakan:


"Merujuk kepada insiden baru-baru ini berkenaan penyebaran surat takziah yang dilaporkan Berita Harian bertarikh 19 Mac 2015.


"Kami kesal dengan kejadian tersebut yang melibatkan salah seorang dari petugas kami yang tidak mematuhi etika integriti dan amanah yang dijunjung tinggi dalam organisasi kami.


"Petugas tersebut sudah tidak bersama dengan kami dan sudah ditamatkan perkhidmatannya.


"Pihak kami beriltizam untuk terus memastikan nilai-nilai murni keislaman termasuk integriti dan amanah ini dapat dipelihara sesuai dengan organisasi yang mewakili para ulama dan guru-guru agama.


"Kami turut meminta maaf dengan insiden ini khususnya kepada keluarga Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong atas apa yang berlaku.


"Memandang ke hadapan, langkah-langkah telah dan akan diambil bagi memperbaiki prosedur dalaman kami agar kejadian yang sama tidak berulang lagi."


Kenyataan lima perenggan itu disiarkan Pergas sekitar 4.40 petang tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >