PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) membuat rombakan dan kini menyusun strategi baru bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di Singapura, khususnya asatizah.
Sejak tahun lalu, badan itu telah menyusun semula strukturnya untuk memberi lebih penekanan kepada, antara lain, pembangunan asatizah, kajian serta dakwah.