Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas sokong langkah larang buku kartun politik diedar

Jan 13, 2022 | 07:18 PM



PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menyokong langkah yang diambil klasifikasi Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk melarang buku, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, itu diedarkan di sini.


Buku mengenai kartun politik yang dilarang itu mengandungi bahan yang boleh mencetuskan diskriminasi terhadap golongan Muslim, menghina Al-Quran dan Nabi Muhammad saw serta merendahkan agama Islam, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen pada Rabu (12 Jan).


Langkah itu selaras dengan pendirian Pergas tentang isu berkaitan karikatur majalah satira Charlie Hebdo pada 2015. Ketika itu, Pergas turut kesal dengan tindakan majalah tersebut.


Mengulas mengenai isu terkini pula, Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, berkata:

“Ulama Islam melarang perbuatan melukis potret Nabi Muhammad saw serta para Nabi yang lain bagi memelihara kedudukan dan kemuliaan mereka.


“Apatah lagi jika lukisan itu bertujuan untuk mempersendakan atau merendahkan martabat Nabi dan agama Islam.


“Maka lebih utama ia dilarang penerbitan dan penyebarannya supaya dapat mengelakkan konflik yang merugikan semua pihak,” kata Ustaz Hasbi yang juga anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Singapura.


Selaras dengan isu karikatur majalah satira Charlie Hebdo pada 2015, Pergas berkata perbuatan yang sama itu adalah “satu langkah biadab terhadap agama Islam dan umatnya”.


Pergas turut menyeru umat Islam agar terus mengekalkan sikap matang dalam menghadapi provokasi pihak tidak bertanggungjawab dan ekstrem, seperti penerbitan buku tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >