Pergas sokong langkah larang buku kartun politik diedar, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

FOKUS BERITA: MELINDUNGI KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA SINGAPURA

Pergas sokong langkah larang buku kartun politik diedar

Jan 14, 2022 | 05:30 AM

PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menyokong langkah yang diambil klasifikasi Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk melarang buku, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, itu diedarkan di sini.

Buku mengenai kartun politik yang dilarang itu mengandungi bahan yang boleh mencetuskan diskriminasi terhadap golongan Muslim, menghina Al-Quran dan Nabi Muhammad saw serta merendahkan agama Islam, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen kelmarin.

Langkah itu selaras dengan pendirian Pergas tentang isu berkaitan karikatur majalah satira Charlie Hebdo pada 2015. Ketika itu, Pergas turut kesal dengan tindakan majalah tersebut.

Mengulas mengenai isu terkini pula, Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, berkata:

"Ulama Islam melarang perbuatan melukis potret Nabi Muhammad saw serta para Nabi yang lain bagi memelihara kedudukan dan kemuliaan mereka.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Apatah lagi jika lukisan itu bertujuan untuk mempersendakan atau merendahkan martabat Nabi dan agama Islam.

"Maka lebih utama ia dilarang penerbitan dan penyebarannya supaya dapat mengelakkan konflik yang merugikan semua pihak," kata Ustaz Hasbi yang juga anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Singapura.

Selaras dengan isu karikatur majalah satira Charlie Hebdo pada 2015, Pergas berkata perbuatan yang sama itu adalah "satu langkah biadab terhadap agama Islam dan umatnya".

Pergas turut menyeru umat Islam agar terus mengekalkan sikap matang dalam menghadapi provokasi pihak tidak bertanggungjawab dan ekstrem, seperti penerbitan buku tersebut.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map