Pergas tekankan pentingnya buat laporan awal untuk bimbing individu radikal
Jun 22, 2017 | 05:30 AM
PERSATUAN Ulama dan GuruGuru Agama Islam Singapura (Pergas) melahirkan keprihatinan menyusuli berita penangkapan pegawai polis tambahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Biarpun bimbang kes kali ini melibatkan pegawai seragam, Pergas turut melahirkan rasa syukur kes tersebut dapat dikesan awal sebelum individu berkenaan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri, keluarga dan negara.