Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergeseran di TT antara China, India boleh berlaku: SM Teo

May 19, 2022 | 05:30 AM



SEDANG China dan India bersaing untuk meluaskan pengaruh di Timur Tengah, ini boleh membawa kepada pergeseran di rantau tersebut antara dua kuasa besar Asia itu, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.



Berucap di persidangan tahunan Institut Timur Tengah (MEI) kelmarin, Encik Teo mengambil perhatian akan kemasukan pemain strategik baru dalam persaingan geopolitik rantau itu.



Kededuanya, China dan India, kata beliau telah mengatur langkah untuk menjadi rakan Timur Tengah.



Inisiatif Belt and Road (BRI) China menyaksikannya menjalin banyak kerjasama peringkat tinggi dengan negara-negara Teluk dan Iran.



India pula sedang memberi perhatian pada negara-negara di Timur Tengah yang dekat dengannya - dengan diaspora penduduknya yang luas di Timur Tengah, ujar Encik Teo.



"Kededuanya, China dan India, seperti kebanyakan negara di Eropah, sedar akan kepentingan melibatkan Timur Tengah untuk mendapatkan bekalan tenaga sedang timbulnya ketidaktentuan berkaitan bekalan Russia.



"Sedang kededua gergasi Asia ini bersaing di Timur Tengah, terutamanya berkaitan perbalahan sempadan China-India sedang memuncak, potensi pergeseran di Timur Tengah antara dua kuasa besar Asia ini telah berkembang," kata Encik Teo.



Beliau melakar tiga bidang penting di mana Asia dan Timur Tengah boleh bekerjasama.



Pertama, daripada memilih pihak, negara-negara harus mengambil pendirian berprinsip untuk menegakkan aturan sejagat yang berasaskan undang-undang, inklusif, terbuka dan terhubung berdasarkan undang-undang antarabangsa, saling menghormati dan saling bermanfaat.



Kedua, negara-negara kecil boleh bergabung untuk membantu membentuk peraturan sejagat itu.



Encik Teo berkata negara-negara ini boleh menegakkan dan mengemas kini sistem keselamatan dan perdagangan sejagat meskipun kuasa-kuasa besar tidak dapat mencapai persetujuan.



Ketiga, kededuanya, Asia dan Timur Tengah, boleh bekerjasama untuk mengukuhkan pemahaman bersama serta bergaulan rakyat dengan rakyat.



Memandangkan ia tempat kelahiran Islam, Timur Tengah juga memahami agama, dan hubungan Islam dengan kepercayaan lain akan membentuk cara mengamalkan Islam di serata dunia, kata Encik Teo.



"Kita harus bekerjasama untuk menggalak pemahaman Islam yang lebih baik - terutamanya kepercayaan dan nilai-nilai asasnya - di serata dunia," ujar Encik Teo.



Beliau mengambil perhatian bahawa negara-negara Timur Tengah telah bertindak kepada perubahan dalam persekitaran luaran dengan mengenal pasti bahawa perubahan dalaman penting, dan banyak daripada mereka sedang menilai semula dasar-dasar domestik masing-masing.



Perancangan sedemikian termasuk mempelbagai ekonomi mereka dan mencipta pekerjaan baru.



Negara-negara ini juga mengurangkan penggantungan keterlaluan pada hidrokarbon, sebagai sebahagaian daripada seruan sejagat yang kian meningkat bagi tindakan serta kemampanan iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >