Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergiat upaya S'pura hasilkan makanan sendiri

Pakar turut tarik perhatian mengenai pentingnya pertingkat tahap kebersihan makanan yang lebih tinggi
Mar 30, 2019 | 05:30 AM



Mulai 1 April ini, sebuah badan pemerintah baru Agensi Makanan Singapura (SFA) akan ditubuhkan untuk mengendali keselamatan dan perlindungan makanan di negara ini. Ditubuhkan di bawah Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), SFA akan menyelaraskan fungsi berkaitan makanan yang kini ditugaskan kepada tiga agensi lain iaitu Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA). Antara strategi yang akan dilaksanakan SFA termasuk mempelbagaikan sumber import serta menggiatkan usaha mengembangkan sektor agri-makanan di sini, sedang negara ini menetapkan sasaran menghasilkan 30 peratus daripada keperluan pemakanan dalam negeri menjelang 2030. ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) melaporkan antara usaha yang telah dijalankan sejauh ini bagi mengukuhkan perlindungan makanan setempat. 




PENDUDUK Singapura boleh mendapatkan makanan pada harga yang dimampui dengan mudah.



Namun, lebih 90 peratus bekalan makanan di sini diimport dari luar negara.



Malah menurut perangkaan Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), hanya 9 peratus daripada ikan yang dimakan di Singapura tahun lalu dihasilkan di kawasan ternakan setempat manakala 13 peratus daripada sayur yang dimakan di sini dihasilkan kebun setempat.



Sementara itu, hanya 24 peratus daripada telur yang dimakan di sini pula dihasilkan di negara ini.



Namun, beberapa pakar berkata faktor seperti perubahan iklim dan situasi sejagat boleh mempunyai kesan pada bekalan makanan yang diimport dari luar negara itu.



Oleh itu, mereka berpendapat bahawa adalah penting usaha dijalankan bagi meningkatkan keupayaan Singapura menghasilkan makanan sendiri di negara ini.



Ini lebih-lebih lagi sedang Singapura menetapkan sasaran menghasilkan 30 peratus daripada keperluan pemakanan dalam negeri - berbanding kurang 10 peratus sekarang - menjelang 2030 yang juga dikenali sebagai 'visi 30 jelang 30'.



Disebabkan cabaran kekurangan ruang fizikal di sini, penolong pengerusi program Diploma Sains Marin dan Akuakultur di Politeknik Republic (RP), Cik Junainah Badron, berkata usaha ini memerlukan teknologi tinggi seperti teknik pertanian menegak atau vertical farming.



Bahkan baru-baru ini, pemerintah turut mengumumkan bahawa $144 juta bakal disalurkan bagi penyelidikan makanan terutama pertanian moden dan daging yang dihasilkan daripada makmal.



"Pada masa akan datang, kami mungkin bakal melihat lebih banyak automasi dalam industri ini seperti penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk menuai dan membungkus produk.



"Ini boleh mengurangkan sikap bergantung pada tenaga manusia yang biasanya dikaitkan dengan cara pertanian tradisional.



"Lebih banyak kajian juga boleh dijalankan untuk mengetahui bagaimana parameter sekitaran yang terkawal seperti keterangan cahaya dan kelajuan angin boleh membantu meningkatkan daya penghasilan," katanya.



Oleh itu, beliau berkata industri ini memerlukan pekerja berkemahiran tinggi dengan pelbagai kepakaran untuk menyumbang terhadap usaha mengukuhkan perlindungan makanan Singapura.



Warga setempat yang berminat dengan sektor pertanian juga boleh mendalami minat mereka menerusi latihan baik dalam bentuk latihan prapekerjaan (PET) atau latihan berterusan (CET).



Namun lebih daripada isu menghasilan bekalan makanan sendiri, beberapa pakar turut menarik perhatian pentingnya tahap kebersihan makanan yang lebih tinggi dalam isu perlindungan makanan.



Ketua Pengajian Keselamatan di Sekolah Perniagaan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Antonio L Rappa, berkata usaha mengimport sayur dan makanan mentah memerlukan pemeriksaan yang lebih ketat setiap hari.



"Contohnya... sayur dan ikan dijual di pasar basah. Bakteria berbahaya boleh tumbuh di pasar basah.



"Oleh kerana Singapura... bergantung pada (barang makanan) yang diimport dari luar negara, penyelarasan antara pemerintah yang lebih baik serta pelan tindakan diperlukan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan makanan," katanya.



Bagi mengukuhkan keselamatan dan perlindungan makanan di negara ini, pemerintah juga telah menubuhkan Agensi Makanan Singapura (SFA) yang bakal memulakan tugasnya mulai lusa (1 April).



SFA akan menyelaras segala isu berkaitan bekalan dan keselamatan makanan yang kini di bawah tanggungjawab Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Sedang agensi itu ditubuhkan, Dr Rappa berkata konsultan keselamatan dan perlindungan makanan harus terus didekati dan usaha pendidikan dijalankan.



"Kita perlu mengajar belia dan bakat asing kita tentang rejim kebersihan makanan yang positif sedang kita cuba membina budaya kebersihan yang positif di rumah dan tempat kerja," ujarnya.




"Pada masa akan datang, kami mungkin bakal melihat lebih banyak automasi dalam industri ini seperti penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk menuai dan membungkus produk. Ini boleh mengurangkan sikap bergantung pada tenaga manusia yang biasanya dikaitkan dengan cara pertanian tradisional. Lebih banyak kajian juga boleh dijalankan untuk mengetahui bagaimana parameter sekitaran yang terkawal seperti keterangan cahaya dan kelajuan angin boleh membantu meningkatkan daya penghasilan."
- Penolong pengerusi program Diploma Sains Marin dan Akuakultur di Politeknik Republic, Cik Junainah Badron.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >