Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Perikatan Nasional akan tanding di semua 222 kerusi Parlimen

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon untuk bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen seluruh negara, termasuk 27 kerusi yang dianggap kritikal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu telah diputuskan dengan pembahagian kerusi antara parti dalam gabungan berkenaan juga selesai.



"Kita sudahpun selesaikan pembahagiannya (kerusi) dalam parti PN. PN akan meletakkan calon di semua Parlimen, termasuk 27 kerusi berkenaan.



"Kita ada 222 Parlimen dan kesemuanya akan ada calon (PN). Calon yang terpilih akan diumumkan di setiap negeri tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas Himpunan Penyatuan Ummah, Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad V, di sini, lewat malam kelmarin.



Yang turut hadir ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.



Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin berkata PN berkeyakinan akan memenangi kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU15.



Beliau berkata ia berdasarkan semangat kerjasama cukup kukuh antara PAS dengan Bersatu di negeri ini.



"Semangat kerjasama cukup kukuh, dan saya yakin rakyat di Kelantan memang faham serta sudah tahu mengenai isu-isu penting seperti ekonomi, kebajikan, kesihatan dan sebagainya," katanya.



Sementara itu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata rakyat perlu memilih kerajaan yang mengamalkan 'amar makruf nahi mungkar' yang mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran supaya dapat membangunkan sebuah negara Islam yang baik.



Beliau berkata dasar itu juga yang disebut dalam Al-Quran selain menegaskan pembangunan negara dengan cara Islam adalah melalui ilmu, bukan dengan duit semata-mata.



"Jangan pilih yang hanya menabur duit dan membuat pelbagai janji kerana kalau ada duit, tetapi ilmu tidak ada maksudnya bodoh dan boleh membawa kepada kejahatan.



"Oleh itu, pengundi jangan salah pilih. Dengan adanya ilmu dan sifat terpuji, sebuah negara dapat dibangunkan dengan adil dan sebaiknya.



"Ramai yang tidak faham kita (PAS) menghadapi kesulitan untuk membentuk perpaduan ummah di negara ini yang bukan sahaja menyatukan ummah tetapi juga seluruh umat Islam," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >