Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Periksa suhu badan di lapangan terbang bagi pelawat dari Wuhan

Langkah berkaitan penularan penyakit 'pneumonia' di China baru-baru ini
Jan 04, 2020 | 05:30 AM



SEJAK semalam pelawat dari Wuhan, China, telah menjalani pemeriksaan suhu badan di Lapangan Terbang Changi.



Langkah tersebut berkaitan penularan penyakit radang paru-paru atau pneumonia di China baru-baru ini.



Khamis lalu Kementerian Kesihatan (MOH) turut mengarahkan para doktor agar mengenal pasti mereka yang disyaki dijangkiti penyakit itu yang baru pulang dari China.



Menurut MOH, sebagai langkah berjaga-jaga pesakit yang menghidap demam atau radang paru-paru yang telah ke Wuhan sekurang-kurang 14 hari sebelum mengalami gejala penyakit mereka, akan diasingkan untuk mengelakkan jangkitan.



Berita agensi AFP melaporkan Selasa lalu bahawa China telah menjalankan siasatan penularan penyakit yang disyaki berkaitan dengan Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars).



Sars telah mengorbankan nyawa 774 mangsa di seluruh dunia termasuk 33 warga Singapura pada 2003.



Laporan AFP itu turut menukil kenyataan oleh suruhanjaya kesihatan Wuhan yang berkata tujuh daripada pesakit yang menghidap penyakit jangkitan paru-paru itu berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain stabil.



Ia menambah bahawa ujian makmal mengesahkan bahawa tiada jangkitan antara manusia telah berlaku dan tiada kakitangan perubatan terjejas.



Menurut akhbar The South China Morning Postsekitar 27 kes jangkitan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa Selasa lalu.



Antara mereka adalah pemilik kedai di pasar yang menjual makanan laut.



Sebagai langkah berjaga-jaga, Hong Kong turut menjalankan pemeriksaan di sempadannya.



Buat masa ini, pihak berkuasa di China belum dapat mengesan jika penyakit pneumonia itu berkaitan dengan Sars.



Bagaimanapun, MOH terus memantau kes-kes pneumonia dari wilayah tersebut.



Sebagai langkah pencegahan, poster kesihatan akan dipasang di lapangan terbang dan panduan kesihatan diedarkan kepada pelancong yang memasuki negara ini dari Wuhan.



MOH turut menasihati pelancong yang akan berangkat ke Wuhan agar memantau kesihatan mereka dengan teliti.



Mereka harus mendapatkan bantuan doktor segera jika mengalami demam dan memberitahu sejarah perjalanan mereka.



Pelancong dan orang ramai juga dinasihati agar usah makan daging mentah atau separuh masak, jauhi orang sakit atau pesakit yang menunjukkan gejala penyakit serta mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan sabun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >