HAMPIR 50 tahun lalu, dunia Cik Rusmah Mohammed Yasin, 61 tahun, berubah buat selamanya apabila beliau dikejutkan dengan berita bahawa bapanya terlibat dalam satu serangan bom.
Bapanya, Allahyarham Mohammed Yasin Kesit, adalah antara mangsa dalam serangan bom di MacDonald House yang didalangi dua pensabotaj pada 10 Mac 1965. Selain Allahyarham, dua lagi mangsa turut terkorban sementara 33 lagi cedera.