Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peringkat prasekolah permulaan terbaik tangani ketidaksamaan, kata Shanmugam

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



SEDANG ketidaksamaan kekal antara isu paling serius yang dihadapi Singapura hari ini, pemerintah merasakan peluang terbaik menanganinya ialah semasa zaman prasekolah kanak-kanak.



Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam.



Beliau menegaskan adalah penting memberi setiap kanak-kanak permulaan yang baik dan peluang berjaya dari mula.



Oleh itu, pemerintah akan memainkan peranan dengan memberi lebih banyak bantuan kepada mereka yang hadapi risiko ketinggalan di belakang dalam zaman prasekolah.



Pemerintah akan menggandakan perbelanjaan bagi sektor prasekolah kepada $1.7 bilion pada 2022 dan membuka lebih 40,000 tempat penjagaan kanak-kanak, tambah Encik Shanmugam.



Menjelaskan rasional di sebalik pendekatan sedemikian, beliau berkata meskipun Singapura menggunakan sistem meritokrasi, kanak-kanak mempunyai titik permulaan berbeza dalam kehidupan.



"Di saat kelahiran sudah terdapat jurang. Jurang tersebut akan melebar disebabkan perbezaan keluarga dan ketidaksamaan akan terlihat dalam pelbagai bentuk.



"Oleh itu, zaman prasekolah adalah penting - peluang terbaik bagi pemerintah memberi kanak-kanak permulaan yang baik... dan peluang baik untuk berjaya dalam kehidupan serta merapatkan jurang ketidaksamaan," ujar beliau.



Keluarga yang berasal dari latar belakang kurang bernasib baik mempunyai rangkaian yang terhad dan peluang yang kurang untuk mengembangkan bakat mereka.



Pemerintah kini mahu menawarkan peluang itu, lapor The Straits Times semalam.



"Fokusnya harus pada meningkatkan yang lain, bukan menghukum mereka yang sudah melakukan yang baik," kata Encik Shanmugam.



Beliau berucap di Our Tampines Hub di acara pelancaran Kelab Junior Palang Merah, sebuah program Palang Merah Singapura (SRC) dan pakar pendidikan awal kanak-kanak Kidz Meadow.



Program tersebut mengajar kemahiran pertolongan kecemasan kepada kanakkanak berusia lima hingga enam tahun.



Beliau menekankan ketidaksamaan bermula dari awal kehidupan kanak-kanak dan harus ditangani.



"Dalam negara kecil seperti Singapura... ketidaksamaan boleh dilihat," katanya.



Encik Shanmugam menyatakan bahawa walaupun globalisasi adalah baik secara keseluruhan, mereka yang kehilangan pekerjaan akibat daripada globalisasi mungkin berbeza pendapat.



Kepercayaan mereka terhadap pemerintah mungkin terjejas apabila mereka melihat mereka yang berjaya akibat globalisasi menikmati kebanyakan manfaat yang ada.



Beliau berkata meskipun rakyat Singapura telah meletakkan kepercayaan mereka kepada pemerintah selama 50 tahun lalu, ini tidak boleh diambil sambil lewa.



"Tidak ada ruang untuk mengambil sikap lewa - kepercayaan harus terus diperoleh dan ia boleh juga hilang dengan mudah," katanya.



Pada acara pelancaran program Kelab Junior Palang Merah itu, Encik Shanmugam berkata ia merupakan usaha penting dalam membantu meletakkan asas bagi masyarakat yang baik. Di bawah program itu, kanak-kanak yang mengambil bahagian akan mempelajari kemahiran asas seperti merawat luka dan menjaga warga tua.



Laporan lanjut : Teroka pendidikan rencam peringkat prasekolah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >