Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perintah tegahan ditarik, dedah identiti siswa perakam video intaian 11 wanita

Sep 24, 2021 | 06:41 PM



KETUA Hakim Sundaresh Menon pada Jumaat (24 September) telah mendukung keputusan mahkamah menarik perintah tegahan (gag order) lantas mendedahkan identiti mahasiswa universiti berprestij Britain yang merakam video intaian beberapa wanita.



Colin Chua Yi Jin, 23 tahun, mengaku bersalah pada 29 Julai di atas tujuh kesalahan menjatuhkan maruah wanita dan satu kesalahan di bawah Akta Filem.



Awal daripada itu, media melaporkan Chua telah merakam video 11 wanita yang dia kenal secara peribadi dan seorang lagi mangsa yang tidak dikenali. Dia merakam video mereka kebanyakannya sewaktu pertemuan beramai-ramai di rumahnya.



Namun, perintah tegahan itu kekal bagi beberapa butiran lain yang boleh membawa pada pengenalpastian mangsa. Ini termasuk identiti mereka, hubungan mereka dengan Chua, nama universiti Chua dan di mana dia mulakan pengajian pada Oktober 2018.



Klip video yang dirakam melibatkan beberapa peristiwa berasingan di Singapura dan Britain antara 2015 dengan 2018.



Kebanyakan video ini diambil di rumahnya selepas dia mendesak menjadi tuan rumah bagi kawan-kawannya dan mengundang mangsa datang.



Video itu menunjukkan wajah mangsa dan tubuh mereka ketika mereka mandi, menyalin pakaian atau sedang buang air kecil.



Pada Jumaat, Ketua Hakim berkata pihak mahkamah mempunyai kuasa bagi mengenakan perintah tegahan bagi melindungi mangsa - melindungi mereka daripada terseksa lagi dan supaya mangsa tidak takut untuk ke depan.



Peguam Chua, Encik Kalidass Murugaiyan, telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menentang perintah tegahan yang ditarik itu tetapi Hakim Besar Menon menganggapnya sebagai permohonan yang tiada harapan.



Kata Hakim Besar Menon lagi, Chua telah mengemukakan kesnya kononnya sebagai melindungi mangsa tetapi ia adalah bagi kepentingannya sendiri.



"Perintah tegahan tiada kena mengena dengan manfaat yang boleh diraih golongan tertuduh," ujar Hakim Besar Menon.



Beliau menambah mangsa Chua satu hati bersuara dan mahu identitinya didedahkan kerana pelbagai sebab meskipun terdapat risiko identiti mereka sendiri diketahui kelak.



Chua diperintahkan membayar $2,000 selepas Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Khoo mengatakan permohonannya itu agak remeh.



Chua meletakkan sasaran pada mangsa pertamanya yang ketika itu berusia 18 tahun pada 2 Disember 2015. Mereka berkongsi bilik di hotel Orchard Road bersama beberapa teman lain selepas acara  'prom night'.



Dia meletakkan alat rakaman di tandas dan merakam video 14 minit ketika gadis itu mandi.



Pada awal 2016, gadis itu mendapat tahu daripada pengetua maktab rendahnya bahawa videonya tersebar dalam talian.



Pada 23 Disember 2016, Chua mengadakan keramaian Krismas di rumahnya. Dia meletakkan alat rakaman di tandas dan secara senyap-senyap merakam mangsa kedua sedang membuang air kecil.



Dua tahun selepas itu, seseorang yang tidak dikenali di Instagram mengirim foto daripada video dan bertanya jika wanita dalam gambar itu dirinya.



Pada 3 Julai 2019, polis menyerbu rumah Chua dan merampas tujuh alat gajet peribadinya yang mengandungi 16 video dan 124 foto rakaman bawah skirt.



Apabila Chua mula didakwa pada 2 Oktober 2019 dengan dua tuduhan, perintah tegahan dikenakan ke atasnya oleh mahkamah daerah bagi melindungi identiti wanita terbabit.



Perintah tersebut diperluas bagi menutup nama Chua sedang siasatan dijalankan ke atas mangsa lain yang mungkin ada kena-mengena dengannya.



Lagi 17 tuduhan kemudian dikenakan ke atasnya.



Pada 14 Januari tahun lalu, hakim daerah menolak permintaan pihak pendakwa bagi menarik perintah tegahan mengenai identiti Chua - pada ketika itu, terdapat 12 mangsa dan hanya 10 orang yang menyokong usulan itu.



Salah seorang daripada dua mangsa kemudian mengubah fikiran. Yang lagi seorang pula di luar negara dan keluarganya enggan wanita ini dihubungi.



Pada 8 Jun tahun ini, pihak pendakwa menarik balik empat tuduhan ke atas Chua termasuk satu tuduhan melibatkan mangsa di luar negara itu.



Ini bererti Chua kini berdepan dengan tuduhan melibatkan 11 mangsa yang semuanya menyokong langkah menarik perintah tegahan itu.



Pada 29 Julai, pihak pendakwa memohon sekali lagi agar perintah tegahan itu ditarik bagi mendedahkan identiti Chua dan hakim daerah bersetuju.



Pihak pendakwa berkata terdapat keinginan orang awam dalam mengenal pasti identiti yang tertuduh itu.



Chua didapati tidak sesuai untuk dikenakan sesi pemulihan akhlak.



Bagi setiap kesalahan menjatuhkan kehormatan wanita, seorang pesalah boleh dipenjara hingga setahun dan didenda.



Tiada hari ditetapkan bagi hukuman dijatuhkan ke atas Chua.



Langkah menarik perintah tegahan jarang dilakukan. Lantaran itu, perintah menutupi identiti orang yang didakwa hanya akan dikenakan apabila perlu melindungi identiti saksi.



Pada November tahun lalu, Mahkamah Tinggi menarik perintah tegahan yang tersilap dikenakan dalam kes Johnboy John Teo yang membunuh anak perempuannya yang berusia dua tahun.



Pihak pendakwa berkata terdapat keinginan awam mengenal pasti si pesalah dan sebaliknya tiada keinginan menyorok identiti mangsa yang sudah meninggal.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >