DUA pelajar Melayu dari Sekolah Seni Singapura (Sota) menjadi perintis sebuah program baru yang bertujuan melahirkan golongan artis profesional di sini.
Program Sijil International Bacalaureate berkaitan Kerjaya (IBCC) akan memberi Nur Sabrina Dzulkifli dan Nur Aqilah Hassan lebih banyak masa mengasah bakat dalam bidang masing-masing selain memberi mereka persiapan lebih baik meneruskan pengajian di institut seni dan konservatori.