Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Perjalanan ke Batam, Bintan dipermudah 1 April

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perjalanan ke Batam, Bintan dipermudah 1 April

Mar 25, 2022 | 05:30 AM

PERJALANAN ke Batam dan Bintan melalui laut akan dipermudahkan mulai 1 April ini, dengan kuota penumpang mingguan akan dinaikkan.

Sementara itu, Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) bagi feri juga akan ditiadakan selain pelancong tidak lagi perlu menjalani ujian selepas ketibaan.

Pelawat yang lengkap divaksin hanya perlu mengambil ujian Covid-19 sebelum berangkat dalam tempoh dua hari sebelum menaiki feri untuk memasuki Singapura tanpa kuarantin, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran semalam.

Ini boleh dilakukan menerusi ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) atau ujian pantas antigen (ART) yang diselia.

Perubahan itu selaras dengan langkah terbaru yang diumumkan pemerintah di bawah Rangka Kerja Perjalanan Vaksinasi, sedang Singapura mengambil langkah ketara membuka semula sempadannya.

Dengan peralihan itu, pelancong yang memasuki Singapura melalui laluan laut tidak lagi perlu memohon Pas Perjalanan Bagi Orang Yang Sudah Divaksinasi (VTP), yang sebelum ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengawal jumlah orang yang memasuki Singapura.

Mereka juga tidak perlu lagi menunjukkan bukti pengesahan tempahan hotel dan pembayaran untuk tempoh penginapan mereka, atau mengemukakan tiket feri pergi balik.

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya semalam berkata protokol perjalanan yang dipermudahkan itu akan digunakan untuk mana-mana laluan perkhidmatan feri lain yang diberi kelulusan kemudiannya.

Mereka yang memerlukan visa untuk melancong ke Singapura masih perlu mendapatkannya sementara pelawat jangka pendek ke Singapura mesti mempunyai perlindungan insurans perjalanan minimum sebanyak $30,000 untuk kos rawatan perubatan dan kemasukan ke hospital berkaitan Covid-19.

Laluan VTL dengan Terminal Feri Antarabangsa Nongsapura di Batam dan Terminal Feri Bandar Bintan Telani di Bintan bermula pada Februari, dengan kuota 350 pelawat setiap minggu ke setiap destinasi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3