Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjalanan tanpa kuarantin SG, Korea S tidak berubah setakat ini

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai masih boleh menikmati perjalanan tanpa kuarantin antara Singapura dan Korea Selatan di bawah skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL), meskipun ada langkah sekatan sempadan baru yang berkuat kuasa mulai hari ini.



Kedutaan Korea di Singapura berkata persetujuan VTL antara dua negara itu akan diteruskan tanpa perubahan buat masa kini.



"Oleh kerana situasi Covid-19 kekal tidak menentu, kami menasihatkan semua penumpang supaya mengunjungi laman kami dengan kerap untuk mendapatkan maklumat mengenai langkah kawalan sempadan terkini sebelum mereka pergi ke luar negara," kata kedutaan itu dalam notis yang dimuat naik di lamannya semalam.



Singapura dan Korea Selatan melancarkan VTL di kededua arah untuk memberi peluang kepada penumpang yang sudah divaksinasi pergi ke kededua negara tanpa kuarantin.



Status VTL tidak menentu petang kelmarin selepas Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berkata ia akan menghentikan pengecualian kuarantin bagi penumpang yang sudah divaksinasi.



Ia mengumumkan rancangan mengenakan kuarantin 10 hari bagi semua penumpang yang tiba di Korea Selatan mulai hari ini.



Langkah tersebut diperkenal selepas Korea Selatan mengesahkan lima kes pertama varian Omicron lewat kelmarin, termasuk pasangan yang sudah menerima vaksin penuh dan tiba minggu lalu dari Nigeria, diikuti dua anggota keluarga dan seorang rakan mereka.



Ini menyebabkan kekeliruan mengenai status VTL antara Singapura dan Korea Selatan.



Menurut satu kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) semalam, ia dalam proses mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah sekatan sempadan yang baru diperkenalkan Korea Selatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >