Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjalanan terjejas dek jerebu: Tidak semua firma insurans bayar pampasan

Jan 04, 2016 | 11:56 AM



SEBAHAGIAN warga Singapura yang menghadapi gangguan perjalanan akibat jerebu rentas sempadan teruk tahun lalu mendapati mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada insurans perjalanan mereka.


Ini kerana sesetengah syarikat insurans, seperti Ace Group dan MSIG Insurance (Singapore), tidak menganggap jerebu sebagai satu fenomena semula jadi.


Akhbar The Straits Times melaporkan pada Isnin (4 Jan) bahawa Encik Yeo Aik Siang, 33 tahun, terkandas dua hari di Langkawi Oktober tahun lalu selepas bercuti lima hari bersama seorang rakan.


Pekerja industri insurans itu diberitahu oleh MSIG Insurance bahawa beliau tidak akan diberi pampasan memandangkan keadaan yang membuat beliau terkandas diakibat buatan manusia dan bukan cuaca buruk.


Bagaimanapun, rakannya, Encik Mark Ho, juga 33 tahun, yang bekerja dalam industri minyak dan gas, menerima bayaran $300 daripada syarikat insurans Aviva.


Seorang jurucakap MSIG memberitahu akhbar itu "cuaca buruk" merujuk kepada keadaan semula jadi.


Beliau berkata: "MSIG berpandangan bahawa fenomena jerebu baru-baru ini, yang diwujudkan di Indonesia, terutamanya akibat buatan manusia dan tidak boleh dianggap sebagai satu fenomena cuaca biasa."


Demikian juga bagi Ace Group, yang tidak membayar pampasan kepada pelancong bagi pembatalan atau kelewatan penerbangan yang disebabkan jerebu.


Bagaimanapun naib presiden dan ketua pelancongan Asia Pasifik syarikat itu, Encik Jon Ford, berkata polisi insurans perjalanannya menyediakan perlindungan perubatan bagi mereka yang menghadapi isu kesihatan berkaitan jerebu semasa dalam perjalanan.


Syarikat insurans lain, seperti NTUC Income, telah mengubah dasar mereka bagi membolehkan pelancong membuat tuntutan untuk pembatalan penerbangan akibat jerebu. Income melakukan ini pada 2014.


Pengarah Eksekutif Persatuan Insurans Am (GIA), Derek Teo, menasihatkan pengguna supaya mendapatkan maklumat daripada laman web syarikat insurans atau pengantara insurans mengenai ciri-ciri utama produk mereka dan pengecualian utama bagi insurans perjalanan.


"Kami tidak menyentuh soal bahaya tanpa perlindungan insurans tertentu seperti jerebu. Perlindungan biasanya merangkumi kerosakan atau kerugian yang timbul daripada bencana alam tidak dijangka, sebagai contoh, kebakaran semak, banjir, gempa bumi dan tsunami," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >