Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjalanan udara antarabangsa dijangka kembali ke paras prapandemik jelang 2023

May 20, 2022 | 05:30 AM



PERJALANAN udara antarabangsa dijangka kembali ke paras prapandemik lebih awal daripada yang dijangkakan dengan kebanyakan Asia kini membuka sempadan lebih cepat, dan bilangan penumpang antarabangsa melonjak kepada 42 peratus paras 2019 dalam suku pertama tahun ini.



Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata), Encik Willie Walsh, berkata pada hari Isnin lalu bahawa industri mungkin mencapai paras 2019 menjelang 2023, lebih pantas daripada ramalannya sebelum ini pada 2024.



Beliau berkata perjalanan antarabangsa telah hampir berganda daripada 24.5 peratus tahun lalu, dan perangkaan dalam empat hingga lima bulan pertama tahun ini telah melebihi ramalan, termasuk oleh syarikat penerbangan dan ia dijangka terus berkembang.



Ini meski China dan Hong Kong meneruskan sekatan Covid-19, yang menurutnya boleh menyebabkan peralihan dalam pertumbuhan rangkaian udara global terhadap Asia Tenggara dan Singapura.



Encik Walsh berada di Singapura menjelang Sidang Penerbangan Changi, dengan Iata dijangka mendededahkan laporan lewat minggu ini berserta ramalan yang disemak semula.



Penutupan China menyebabkan perjalanan udara tempatan terhenti, dan ia hanya naik daripada 72 peratus tahun lalu kepada 76 peratus tahun ini, tetapi ini tidak seharusnya menjadi satu keprihatinan besar bagi syarikat penerbangan, katanya.



"Syarikat penerbangan akan secara bertahap bangun semula dalam pasaran dan sebab itu saya tidak melihat pasaran China sebagai isu kritikal buat ketika ini.



"Ia menjadi lebih relevan hanya apabila kita menjalani proses pemulihan kelak.



"Ada banyak pasaran lain yang boleh dimanfaatkan syarikat penerbangan dalam rantau ini untuk kembali pulih ke arah yang menawarkan permintaan kukuh," kata Encik Walsh.



Bagaimanapun, katanya, syarikat penerbangan mungkin mengamalkan pendekatan lebih berhati-hati untuk menyambung semula operasi di China dan Hong Kong daripada sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >