Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjanjian dagang, prasarana dan teknologi dimeterai sempena lawatan PM Lee ke Tokyo

Sep 28, 2016 | 12:51 PM



TOKYO: Tiga perjanjian - dalam perdagangan, prasarana dan teknologi - ditandatangani antara Singapura dan Jepun pada pagi Rabu (28 Sept) di luar acara persidangan bagi menyambut 50 tahun hubungan dua hala.



Perjanjian itu ditandatangani semasa simposium perniagaan anjuran bersama akhbar The Straits Times dan kumpulan media Jepun, Nikkei Business Publications, di Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Tokyo.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang berada di Tokyo bagi lawatan rasmi empat hari, akan menyaksikan pertukaran dokumen dengan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, di luar acara mesyuarat dua hala yang akan diadakan pada petang Rabu.



Perjanjian perdagangan melibatkan International Enterprise (IE) Singapore dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro), dan berjanji meningkatkan konektiviti antara dua negara itu.



Ini akan dilakukan dalam tiga cara: berkongsi pengetahuan pasaran dan rangkaian perniagaan melalui lawatan syarikat; memupuk kerjasama perniagaan; dan melaksana projek bersama di "pasaran negara ketiga", misalnya di Asia Tenggara dan Asia Selatan.



Dalam ucapannya pada simposium tersebut, Encik Lee berkata agensi perdagangan itu mengalu-alukan kerjasama rapat dengan Jetro dan syarikat Jepun untuk menggalak kemajuan teknologi dan inovasi.



Perjanjian prasarana pula ditandatangani oleh pemaju bandar Singapura, Surbana Jurong, dan Perbadanan Pelaburan Prasarana Luar Japan bagi Pengangkutan dan Pembangunan Bandar (juga dikenali sebagai Join).



Dua syarikat itu akan mengukuhkan kerjasama dan pertukaran maklumat berkaitan projek prasarana yang berpotensi di wilayah seperti Singapura, Asia Tenggara, India, Timur Tengah dan Afrika.



Perjanjian ketiga ialah antara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Institut Teknologi Tokyo (TIT).



Di bawah perjanjian baru itu, dua institusi tersebut akan memasuki satu perjanjian kerjasama penyelidikan. Mereka juga akan bekerjasama dalam pembangunan penyelidikan dan teknologi bersama dalam bidang seperti kejuruteraan sekitaran, keselamatan dan kejuruteraan nuklear, dan pembelajaran dipertingkat robotik dan teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >